Brixton Crossfire Storr 500 dilancarkan untuk pasaran Malaysia – dua silinder 486 cc, RM30k termasuk beg

Brixton Crossfire Storr 500 dilancarkan untuk pasaran Malaysia – dua silinder 486 cc, RM30k termasuk beg

Selepas beberapa tahun senyap, Brixton membuat kemunculan semula dalam pasaran Malaysia apabila MForce Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan Crossfire Storr 500 pada harga RM29,888 tidak termasuk insurans. Membawa gaya adventure, Storr 500 menawarkan tunggangan serba boleh untuk jalan berturap mahupun offroad ringan.

Nadi kepada Crossfire Storr 500 adalah enjin dua silinder selari 486 cc, bersama gabungan transmisi enam kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 47.6 PS pada 8,500 rpm dan tork 43 Nm pada 6,750 rpm. Laju maksimum dikatakan boleh mencecah 160 km/j manakala tangkai minyak 16 liter pula boleh menyediakan jarak gerak sehingga 380 km.

Di bahagian pengendalian, Storr 500 datang dengan padanan rim 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang, dipegang masing-masing oleh fork USD dan monoshock Kayaba yang boleh dilaras. Tugas membrek dijalankan unit tunggal cakera 320 mm bersama angkup empat piston J.Juan di hadapan dan cakera 240 mm dengan angkup satu piston di belakang. ABS dual-channel disediakan secara standard.

Informasi penting motosikal dipaparkan melalui skrin TFT tujuh inci dan berhampiran dengannya terdapat soket pengecas USB-C. Penunggang juga boleh menggunakan kemudahan lain pada motosikal ini seperti cangkuk untuk beg atas tangki serta tiga kotak barangan belakang, yang diberikan secara standard untuk pasaran Malaysia.

Storr 500 juga datang dengan pelindung bawah enjin, pelindung tangan, lampu jenis LED, tayar Pirelli (110/80 di hadapan dan 150/60 di belakang) serta lampu kabus. Tinggi tempat duduknya adalah 839 mm.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

Renew your car insurance with us

Compare prices between different insurer providers to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services. Many payment method supported and you can pay with instalment using Atome, Grab PayLater or Shopee SPayLater.

Renew Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required


 
 
Related PaulTan.org Content: Electric: Electric | Reviews: Reviews | 2025 | Tech | News: News | Featured: Featured