
Adakah dengan ganjaran bernilai RM20* bagi isian semula minyak merupakan satu hal yang menarik untuk anda? Inilah apa yang akan anda nikmati sepanjang tempoh kempen CaltexGO TNG eWallet, yang sedang berlangsung sekarang hingga 31 Mac 2026.
Sebagai permulaan, apa yang perlu anda lakukan ialah memuat turun dan mendaftar dengan aplikasi CaltexGO. Pengguna baru akan menerima 500 Mata Ganjaran Caltex secara automatik sebagai bonus penghargaan ketika pendaftaran, yang bersamaan dengan nilai RM5.
Ketika membuat pembelian bahan api yang pertama dengan nilai sekurang-kurangnya RM40 menggunakan TNG eWallet, yang kini telah disepadukan ke dalam aplikasi CaltexGO, anda akan menerima tambahan 1,000 Mata Ganjaran Caltex dan pulangan tunai RM5. Ini menjadikan keseluruhan ganjaran anda sebanyak RM20 hanya daripada satu transaksi bernilai RM40!
Bahkan sekiranya anda bukan pengguna kali pertama CaltexGO, anda masih boleh menikmati pulangan tunai RM5 ketika membelanjakan sekurang-kurangnya RM40 untuk bahan api menggunaan TnG eWallet dalam aplikasi CaltexGO sepanjang tempoh promosi ini.
Dengan penyepaduan TnG eWallet, CaltexGO kini menawarkan fleksibiliti pembayaran sekiranya anda memilih untuk tidak mendaftarkan kad kredit atau debit. Anda tetap masih boleh mengumpul mata TnG dan ganjaran juga!
Memandangkan aplikasi CaltexGO sudah menyepadukan program Budi95, membeli Caltex RON 95 dengan Techron kini lebih mudah dan cepat.
Dengan hanya beberapa sentuhan di skrin telefon, anda boleh menerima pengesahan dan mula mengisi minyak, sekali gus memendekkan masa untuk isian. Sebagai tambahan, dengan promosi bermusim, anda boleh mendapatkan Mata Ganjaran Caltex berganda yang diberikan berdasarkan setiap liter bagi setiap transaksi bahan api.
Jangan ketinggalan untuk memanfaatkan ganjaran ketika anda mengisi minyak di Caltex! Muat turun aplikasi CaltexGO hari ini dari Apple App Store atau Google Play Store untuk menikmati tawaran menarik ini. Untuk maklumat lanjut berkaitan kempen ini, klik di sini.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
