Ketika pelancarannya pada 1 Disember 2025, Perodua QV-E masuk ke dalam pasaran tempatan dengan silap langkah. Pendekatan pajakan/sewa bateri — Battery-as-a-Service (BaaS) — untuk model elektrik tersebut sejak awal sudah mengundang kontroversi dan kritikan pelbagai pihak.
Dengan harga yang dikenakan, ditambah pula dengan kos pajakan bateri, model elektrik pertama yang dibangunkan oleh anak tempatan ini menjadikan harga atau kos pemilikannya ketika itu tidaklah begitu mesra poket bagi ramai orang, apatah lagi jika ia dihasratkan untuk menjadi sebuah EV yang boleh diakses secara meluas oleh pelbagai kelompok pengguna di Malaysia.
Namun, keadaan itu tidak lagi sama. Pada Jun 2026, kira-kira selepas tujuh bulan Perodua QV-E berada dalam pasaran, pengeluarnya mengumumkan pengurangan harga serta pilihan untuk membeli terus dengan bateri. Daripada harga RM80,000 tidak termasuk bateri ketika awal diperkenalkan, model EV Malaysia ini kemudiannya ditawarkan dengan dua harga yang lebih murah — RM63,499 tidak termasuk bateri (kos berasingan sebagai pajakan) atau RM87,499 untuk pembelian terus dengan bateri. Ini menjadikan nilai yang ditawarkan oleh Perodua QV-E ketika ini lebih masuk akal dan lebih mesra poket untuk khalayak umum, terutama mereka yang ingin mencuba berjinak-jinak dengan gaya hidup penggunaan EV.
Dengan perkembangan terbaru ini, kami membawa anda untuk menilai dengan lebih objektif penawaran yang diberikan oleh Perodua QV-E. Adakan ia benar-benar berbaloi? Kami huraikan dalam ulasan video ini, dan kami bawakan juga galeri penuh model EV tersebut untuk penelitian lanjut anda.
Sekadar makluman, sistem janaan QV-E dilengkapi dengan sebuah motor elektrik yang menghasilkan kuasa 150 kW dan 285 Nm tork. Ini membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat (dalam mod Sport) dan mampu mencapai laju maksimum 165 km/j.
Kuasa untuk motor berkenaan dibekalkan oleh bateri lithium iron phosphate (LFP) CATL dengan kapasiti tenaga 52.5 kWj. Bateri ini menyokong pengecasan pantas DC hingga 60 kW, yang membolehkan pengecasan dari SoC 30%-80% dalam masa 30 minit. Untuk pengecasan AC pula, ia menampung sehingga 6.6 kW, dan satu kitaran cas penuh mengambil masa lapan jam. Bateri tersebut mempunyai berat 405.7 kg, dan mampu memberi jarak sehingga 445 km mengikut kitaran NEDC.
Jadi, menurut anda, adakah Perodua QV-E berada di posisi lebih menarik dalam pasaran ketika ini?
Perodua QV-E di Malaysia




Perodua QV-E
dari RM69,999
Perodua Traz
dari RM76,100
Perodua Axia
dari RM38,600
Perodua Alza
dari RM62,500
Perodua Myvi
dari RM46,500
Perodua Ativa
dari RM62,500
Perodua Bezza
dari RM34,580
Perodua Aruz
dari RM72,900