Volvo Cars telahpun memperkenalkan versi facelift 2027 bagi SUV siri ’40’ iaitu XC40, EV EX40 dan EV coupe EC40 yang diberikan beberapa perubahan rupa dan juga peningkatan perincian serta kelengkapan keselamatan.
Untuk rupa luaran, bahagian muka SUV ini menerima rekaan semula pada kluster lampu hadapan matriks serta grafik LED lampu nyalaan siang ‘Tukul Thor’ di dalamnya, gril, bampar, bonet dan juga fender sisi.
Manakala pada bahagian belakang, XC40 dan EX40 menerima lampu belakang LED, pintu tailgate serta bampar yang direka semula. Untuk EC40 pula, bahagian belakangnya masih lagi nampak sama. Ketiga-tiga model ini juga diberikan pilihan set rim aloi baharu dengan saiz 18-, 19- dan 20-inci.
Pada bahagian dalaman pula, versi kemaskini ini menerima skrin sesentuh utama lebih besar bersaiz 11.2-inci berbanding sembilan-inci sebelumnya dan turut menerima sistem operasi (OS) terkini Volvo serta AI Google Gemini bina dalam.
Ia juga diberikan pengecas telefon tanpa wayar yang dipertingkat, lampu suasana kabin yang diperhalusi, opsyen upholsteri dan perapi baharu yang menampilkan pilihan termasuk kulit Arianne Cardamom serta perapi kemasan Brown Ash, Black Ash atau aluminium.
Untuk keselamatan pula, XC40, EX40 dan EC40 facelift ini dibekalkan dengan radar hadapan, sudut dan belakang yang baharu, bersama kamera hadapan baharu, 12 penderia ultrasonic baharu dan juga kamera parking baharu.
Kelengkapan-kelengkapan yang dipertingkat ini membolehkan kamera 360 darjah memberikan pandangan 3D, sistem Pilot Assist diperhalusi bagi membolehkan ia mengikut jalan raya dengan lebih lancar serta kini diberikan bantuan tukar lorong, manakala khas untuk XC40 ia turut menerima amaran buka pintu.
Tiada sebarang kemaskini untuk unit rangkaian kuasa disebutkan, jadi aspek ini mungkin tidak diberikan apa-apa tingkat taraf. Buat masa sekarang XC40 menerima pelbagai pilihan unit rangkaian kuasa dengan enjin petrol termasuk enjin 2.0 liter turbo dalam beberapa pilihan talaan, manakala EX40 dan EC40 pula hadir dalam pilihan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang dan juga dwi-motor pacuan semua roda.
GALERI: Volvo XC40 facelift 2027
GALERI: Volvo EX40 facelift 2027
GALERI: Volvo EC40 facelift 2027


Volvo ES90
dari RM339,888
Volvo XC60
dari RM328,888
Volvo XC90
dari RM418,888
Volvo EX90
dari RM428,888
Volvo EX30
dari RM198,888
Volvo EC40
dari RM248,888
Volvo XC40
dari RM268,888