Jika anda merancang untuk membeli SUV segmen-B Perodua Ativa, mungkin inilah masa yang sesuai kerana model berkenaan kini ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM9,500 sempena kempen Malaysia Day Deals yang kini sudah pun bermula, dan sah sehingga 31 Oktober 2026.
Menerusi tawaran ini, Perodua memberikan diskaun maksimum untuk Ativa varian X, manakala varian pertengahan H pula ditawarkan dengan diskaun RM5,500. Varian tertinggi AV pula diberikan rebat sebanyak RM5,700.
Ini bermakna berdasarkan harga asal M62,500 untuk X, RM67,300 untuk H dan RM72,600 untuk AV, dengan tawaran Hari Malaysia ini Perodua Ativa dijual pada harga bermula RM53,000 untuk X, RM61,800 untuk H dan RM66,900 untuk AV.
Pelanggan yang mahu Ativa dengan ‘warna istimewa’ dengan kesan mutiara iaitu putih dan merah pula perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM500, dan tambahan RM300 sekinya mahu SUV tersebut dilayangkan dengan warna hitam pada bumbung.
Perodua Ativa dilancarkan pada Mac 2021, dan ia masih belum diperkenalkan dalam versi facelift sehingga kini. Diasaskan dari platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), Ativa merupakan satu-satunya model Perodua yang menerima enjin turbo.
Enjin yang dimaksudkan adalah unit 1KR-VET 1.0 liter tiga-silinder turbo DOHC VVT yang menghasilkan kuasa 98 PS dan tork maksima 140 Nm bermula 2,400 hingga 4,000 rpm. Ia digandingkan dengan kotak gear D-CVT bagi memacu hanya roda hadapan.

Perodua Ativa
dari RM62,500
Perodua Traz
dari RM76,100
Perodua QV-E
dari RM69,999
Perodua Axia
dari RM33,900
Perodua Alza
dari RM62,500
Perodua Myvi
dari RM46,500
Perodua Bezza
dari RM34,580
Perodua Aruz
dari RM68,900