Awal minggu ini Volvo Car Malaysia (VCM) telahpun melancarkan versi lebih lasak untuk SUV EV kompak Volvo EX30 iaitu EX30 Cross Country, di mana model berkenaan ditawarkan dalam varian tunggal yang digerakkan oleh dua motor elektrik bagi memberikan kebolehan pacuan semua roda. Dengan adanya EX30 Cross Country AWD ini, VCM secara rasmi menghentikan jualan bagi EX30 Ultra Twin Performance, iaitu varian tertinggi bagi EX30 biasa di mana model berkenaan kini hanya ditawarkan dalam satu varian motor tunggal pacuan roda belakang.
Sebelum ini model varian asas EX30 pasaran Malaysia dikenali sebagai EX30 Ultra dan dijual pada harga RM208,888. Untuk kemaskini 2027, nama varian tersebut kini ditukar kepada P5 Long Range dan ia kini dijual pada harga RM10,000 lebih murah iaitu RM198,888.
Selain dari nama varian yang telah bertukar dan harga yang lebih murah ditawarkan, spesifikasi bagi EX30 P5 Long Range ini nampaknya masih lagi sama seperti EX30 Ultra sebelum ini. Ia digerakkan dengan satu motor elektrik berkuasa 272 PS/343 Nm yang memacu roda belakang, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.3 saat.
EV ini dibekalkan dengan bateri NMC berkapasiti 69 kWj, bagi membolehkannya bergerak sejauh 475 km dalam kitaran ujian WLTP – sedikit kurang dari jarak gerak WLTP yang didakwa sebelum ini iaitu 476 km. Untuk mengecas, ia boleh menampung boleh pengecas pantas DC berkapasiti 175 kW dengan tahap pengecasan 10-80% dapat dicapai dalam 27 minit (28 minit sebelum ini).
Antara perincian yang dibekalkan pada EX30 P5 Long Range ini termasuk rim aloi 19-inci dengan tayar 245/45R19, pendingin hawa dua-zon tempat duduk hadapan larasan kuasa, bumbung suria panaromik, kamera 360-darjah, pintu tailgate belakang bantuan kuasa, Digital Key Plus, sistem bunyi Harman Kardon serta skrin sesentuh utama 12.3-inci dengan Google bina-dalam.
Manakala untuk keselamatan, EX30 P5 Long Range ini menerima pakej penuh sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) termasuk cruise control adaptif bersama fungsi pemanduan separa autonomi Pilot Assist dan bantuan parkir sendiri Park Pilot Assist.
Empat warna badan ditawarkan untuk pembeli iaitu Cloud Blue, Crystal White, Vapour Grey dan Onyx Black. Manakala dalam kabin di hadir dengan tema warna Indigo bersama upholsteri fabrik Nordico serta perapi-perapi denim yang dikitar semula dan corong udara dalam kemasan biru.
Volvo EX30 mula dilancarkan di Malaysia pada September 2024 dengan tiga varian, dijual pada harga bermula RM189k hingga RM229k di mana unit-unit awalan diimport sepenuhnya (CBU) dari China. Versi pemasangan tempatan (CKD) pula tiba pada awal 2025 dengan varian paling asas Plus digugurkan. Sehingga kini Volvo EX30 P5 Long Range 2027 dan EX30 Cross Country masih ditawarkan dalam versi CKD, dipasang menerusi kilang Volvo yang terletak Seksyen 15, Shah Alam.





Volvo EX30
dari RM198,888
Volvo ES90
dari RM339,888
Volvo XC60
dari RM328,888
Volvo XC90
dari RM418,888
Volvo EX90
dari RM428,888
Volvo EC40
dari RM248,888
Volvo XC40
dari RM268,888