Kira-kira tiga minggu lagi sebelum paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax, kembali ke Setia City Convention Centre (SCCC) dari 31 Oktober hingga 1 November. Acara ini membawakan tawaran terbaik untuk kereta baharu dan pra-milik menjelang hujung tahun, dan edisi kali ini akan menyaksikan Zeekr menawarkan 7X bersama pelbagai ganjaran menarik.
SUV elektrik premium yang tampan ini akan disertakan dengan pengecas wallbox AC percuma serta pakej penyelenggaraan dan servis percuma dua tahun/40,000 km. Ini menjadikan tawaran lebih bermakna untuk sebuah kereta yang sudah pun ditawarkan pada harga menarik, iaitu RM193,800 bagi model RWD Long Range dan RM230,800 bagi AWD Performance.
Jangan lupa, 7X merupakan antara EV paling maju dari segi teknologi di pasaran. Dibina di atas seni bina elektrik 800 volt, ia menyokong pengecasan pantas DC sehingga 420 kW, membolehkan baterinya dicas dari 10 hingga 80% dalam masa hanya 16 minit. Ini walaupun kereta ini menggunakan bateri besar 100 kWh yang menawarkan jarak gerak sehingga 615 km mengikut kitaran WLTP.
Varian AWD Performance merupakan satu lagi tarikan, menghasilkan 646 PS dan tork 710 Nm serta mampu memecut kereta keluarga ini dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.8 saat. Ia turut dilengkapi suspensi udara, pintu berkuasa elektrik dan tirai lampu pintar bersepadu Stargate yang menjadi ciri khas Zeekr.
Zeekr merupakan salah satu daripada banyak jenama yang menyertai ACE 2026, termasuk Audi, BMW, BMW Motorrad, Chery, Dongfeng, GWM, Hyundai, iCaur, Jetour, Leapmotor, Lotus, Mazda, MINI, Mitsubishi, Omoda | Jaecoo, Perodua, Proton, Proton eMas, smart dan Volkswagen. Pameran ini turut ditaja bersama oleh TNB Electron, serta Jacar dan Carro yang akan mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing.
Setiap jenama akan menyediakan promosi menarik tersendiri sempena pameran ini, dan selain itu, 200 tempahan terawal yang disahkan di ACE 2026 akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada kami. Setiap tempahan yang disahkan juga layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai keseluruhan RM57,000, termasuk hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu serta lima naik taraf upholsteri kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu.
Beg cenderahati turut disediakan, ihsan V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.
Sekali lagi, paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax, akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November di Setia City Convention Centre (SCCC). Tandakan kalendar anda, dan dapatkan maklumat lanjut di laman mikro ACE 2026. Jumpa anda di sana!









