Panaskan enjin dan hidupkan motor elektrik anda, kerana paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2026, dikuasakan oleh Petronas Primax, bakal menghidangkan pelbagai tawaran daripada banyak jenama kepada pembeli kereta di Setia City Convention Centre dari 31 Oktober hingga 1 November.
Chery merupakan salah satu daripadanya – pengeluar kereta itu menawarkan rebat RM18,000 untuk Tiggo 9, sekali gus menurunkan harganya kepada RM179,800 yang cukup menarik. Jangan lupa, ini model perdana jenama tersebut – enjin 2.0 liter turbo 256 PS/390 Nm, DCT tujuh kelajuan, tujuh tempat duduk, skrin sentuh 15.6 inci, 14 pembesar suara Sony, 10 beg udara dan ADAS penuh, antara lain.
SUV besar yang tampan ini turut disokong waranti kenderaan tujuh tahun/150,000 km, waranti enjin 10 tahun/1,000,000 km serta upah servis percuma selama lima tahun.
Jika anda tidak memerlukan kenderaan sebesar itu tetapi masih mahukan tujuh tempat duduk, pertimbangkan Tiggo 8 PHEV berharga RM159,800. Sistem Chery Super Hybrid 275 PS/365 Nm miliknya menggabungkan enjin 1.5 liter turbo, motor elektrik dan transmisi hibrid khusus untuk jarak gerak gabungan 1,200 km serta jarak gerak elektrik sepenuhnya sejauh 90 km. Selain waranti kenderaan tujuh tahun/150,000 km, Tiggo 8 PHEV turut menawarkan waranti bateri lanjutan 10 tahun untuk ketenangan fikiran.
Di ACE 2026, anda juga boleh melihat Audi, BMW, BMW Motorrad, Dongfeng, GWM, Hyundai, iCaur, Jetour, Leapmotor, Lotus, Mazda, MINI, Mitsubishi, Omoda | Jaecoo, Perodua, Proton, Proton eMas, smart, Volkswagen dan Zeekr, antara lain. Penaja bersama Jacar dan Carro akan mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing, manakala TNB Electron turut menyertai sebagai penaja bersama.
Setiap jenama akan menyediakan promosi menarik tersendiri sempena pameran ini, dan selain itu, 200 tempahan terawal yang disahkan di ACE 2026 akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada kami. Setiap tempahan yang disahkan juga layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai keseluruhan RM57,000, termasuk hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu serta lima naik taraf upholsteri kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu.
Beg cenderahati turut disediakan, ihsan V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.
31 Oktober-1 November tarikhnya, Setia City Convention Centre lokasinya. Tandakan kalendar anda sekarang untuk ACE 2026, acara kereta paling hangat ketika ini. Kemasukan adalah percuma. Maklumat lanjut di laman mikro ACE 2026.









