ACE 2026: Mitsubishi Xforce dengan servis percuma tujuh tahun, 31 Oktober-1 November 2026

paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax bakal kembali untuk edisi 2026 dan akan berlangsung hujung bulan ini, dari 31 Oktober hingga 1 November bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC). Acara ini bakal membawakan pelbagai tawaran hebat yang rugi jika dilepaskan, semuanya di bawah satu bumbung.

Segmen B bagi SUV memang sengit persaingan, tetapi Mitsubishi Xforce tetap menonjol dengan saiznya yang besar dan gaya yang tersendiri. Kabinnya yang luas turut menawarkan banyak kejutan lain — termasuk mod pemanduan yang mengimbau kepakaran dan warisan jenama itu dalam pemanduan lasak (tersedia mod Normal, Wet, Gravel dan Mud), sistem penapisan udara nanoe X (sesuai untuk keadaan berjerebu), sistem audio Yamaha dengan lapan-pembesar suara serta beberapa kemasan menarik, seperti fabrik melange pada papan pemuka.

Namun ada satu lagi kelengkapan yang tidak tersenarai dalam risalah, iaitu kelapangan dan ketenangan fikiran. Beli Xforce di ACE 2026 dan anda akan menikmati pakej “777” yang menggabungkan jaminan tujuh-tahun tanpa had perbatuan — dengan upah percuma selama tujuh-tahun untuk servis berjadual, serta alat ganti percuma juga selama tujuh-tahun.

Pakej yang digelar “Malaysia’s First Triple Protection” ini direka bagi memastikan anda dapat memiliki Xforce tanpa sebarang kerisauan untuk tahun-tahun mendatang.

Anda pemilik Mitsubishi sedia ada? Jika ya, anda akan diberi ganjaran rebat sebanyak RM3,000. Ia tertakluk kepada terma dan syarat, jadi dapatkan maklumat lanjut di reruai Mitsubishi di ACE 2026 nanti.

Penaja dan jenama yang menyertai ACE 2026

Mitsubishi merupakan satu daripada banyak jenama yang bakal tampil di ACE 2026, termasuk Audi, BMW, BMW Motorrad, Chery, Dongfeng, GWM, Hyundai, iCaur, Jetour, Leapmotor, Lotus, Mazda, MINI, Omoda | Jaecoo, Perodua, Proton, Proton eMas, smart, Volkswagen dan Zeekr, antara lain. Bersama Petronas Primax menyokong pameran ini ialah penaja bersama Jacar, TNB Electron dan Carro.

Setiap jenama akan menyediakan promosi menarik tersendiri untuk acara ini. Selain itu, 200 tempahan terawal yang disahkan di ACE 2026 juga akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada penganjur. Setiap tempahan yang disahkan juga layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan bernilai RM57,000. Ini termasuk hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem penapis haba dan cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu serta lima naik taraf kemasan balutan kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu.

Turut ditawarkan ialah beg cenderahati ihsan daripada V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.

Jangan terlepas untuk berkunjung ke paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax, yang akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November di Setia City Convention Centre (SCCC). Tandakan tarikh ini dalam kalendar anda, dan dapatkan maklumat lanjut di laman mikro ACE 2026. Jumpa anda di sana!

Tags: