paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax bakal kembali lagi untuk edisi 2026! Sekiranya anda orang yang akan teruja dengan tawaran berkaitan kereta yang benar-benar sukar ditolak, maka anda wajib hadir ke Setia City Convention Centre (SCCC) dari 31 Oktober hingga 1 November ini.
Alang-alang di sana nanti, lihat sendiri Jetour T2, sebuah SUV lasak dengan rekaan berkotak yang popular. Ia dikuasakan enjin turbo 2.0 liter yang menjana sebanyak 245 PS dan 375 Nm, yang disalurkan ke semua roda melalui transmisi DCT klac basah tujuh-kelajuan.
Senarai kelengkapannya juga panjang, termasuk 12-pembesar suara Sony, tempat duduk hadapan larasan kuasa elektrik dan ada liang udara, pengecas tanpa wayar 50 W, kamera dashcam bersepadu, bumbung kaca panoramik, enam-beg udara serta sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) Tahap 2.
Tawaran ini masih belum cukup untuk anda? Bagaimana pula jika ada tambahan rebat RM2,000 yang menurunkan lagi harganya kepada RM156,800? Dan, jika anda menembah kereta ini di ACE 2026, anda juga akan menerima baucar beli-belah bernilai RM300.
Masih mahu lebih daripada semua itu? Boleh! Buat tempahan di ACE 2026 dan anda akan berpeluang memenangi barangan Jetour Life bernilai RM2,000. Semua tawaran di atas sah, dengan syarat kenderaan anda didaftarkan sebelum penghujung 2026.
Jetour merupakan satu daripada banyak jenama yang akan tampil di ACE 2026, barsama jenama lain seperti Audi, BMW, BMW Motorrad, Chery, Dongfeng, GWM, Hyundai, iCaur, Leapmotor, Lotus, Mazda, MINI, Mitsubishi, Omoda | Jaecoo, Perodua, Proton, Proton eMas, smart, Volkswagen dan Zeekr. Bersama Petronas Primax dan turut menyokong pameran ini ialah penaja bersama Jacar, TNB Electron dan Carro.
Setiap jenama akan menyediakan promosi menarik tersendiri sepanjang acara ini berlangsung. Tetapi, selain itu, 200 tempahan terawal yang disahkan di ACE 2026 turut akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada penganjur. Setiap tempahan yang disahkan juga layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan bernilai RM57,000. Ini termasuk hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem penapis haba dan cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu serta lima naik taraf kemasan balutan kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu.
Turut ditawarkan ialah beg cenderahati ihsan daripada V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.
Jangan ketinggalan untuk berkunjung ke paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November di Setia City Convention Centre (SCCC). Dapatkan maklumat lanjut di laman mikro ACE 2026. Jumpa anda di sana!









