ACE 2026: Rebat RM2,000 untuk Jetour T1, 31 Oktober-1 November 2026

paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax, kembali untuk tahun 2026! Jika tawaran kenderaan yang benar-benar sukar dilepaskan membuatkan anda teruja, makan anda wajib hadir ke Setia City Convention Centre (SCCC) dari 31 Oktober hingga 1 November.

Anda rasa Jetour T2 terlalu bersegi dan lasak? Jangan khuatir, ada pilihan yang lebih urban dengan rupa yang lebih lembut, iaitu model Jetour T1. Jetour Malaysia menawarkan potongan RM2,000 untuk kedua-dua varian 1.5 2WD dan 2.0 XWD, menjadikan harganya masing-masing RM127,800 dan RM144,800.

Perlukan lebih banyak sebab untuk berkomitmen? Jika anda menempah Jetour T1 di ACE 2026, anda akan membawa pulang baucar beli-belah RM300, serta berpeluang memenangi barangan Jetour Life bernilai RM2,000, asalkan kenderaan anda didaftarkan sebelum penghujung 2026.

Acara ini turut akan menghimpunkan jenama lain seperti Audi, BMW, BMW Motorrad, Chery, Dongfeng, GWM, Hyundai, iCaur, Leapmotor, Lotus, Mazda, MINI, Mitsubishi, Omoda | Jaecoo, Perodua, Proton, Proton eMas, smart, Volkswagen dan Zeekr. Penaja bersama Jacar dan Carro akan mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing. TNB Electron juga merupakan penaja bersama.

Penaja dan jenama yang menyertai ACE 2026

Selain promosi tersendiri daripada setiap jenama, paultan.org turut menyediakan baucar bernilai RM3,000 untuk 200 tempahan terawal yang disahkan di pameran ini.

Setiap tempahan yang disahkan juga layak untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan bernilai RM57,000, termasuk hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu serta lima naik taraf balutan kemasan kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu.

Beg cenderahati juga menanti pengunjung, ihsan daripada V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.

Sekali lagi, paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax, akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November di Setia City Convention Centre (SCCC). Dapatkan maklumat lanjut di laman mikro ACE 2026. Jumpa anda di sana!

Tags: