paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2026, dikuasakan oleh Petronas Primax, akan berlangsung dalam masa lebih kurang seminggu sahaja lagi! Bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC) pada 31 Oktober hingga 1 November, pengunjung akan menemukan antara tawaran paling menarik untuk pembelian kenderaan baharu.
Tawaran daripada Volkswagen dan Audi pastinya antara yang bakal menanti pembeli. Bermula dengan Volkswagen, jenama Jerman itu menawarkan rebat sehingga RM72,000 untuk semua model.
Pemilik Volkswagen sedia ada juga diberi insentif untuk memilih SUV tiga baris tempat duduk daripada jenama itu sebagai kenderaan seterusnya. Beli Tayron Elegance atau Tayron R-Line, dan anda akan menerima sokongan trade-in sebanyak RM10,000.
Ingin mencuba sendiri Tayron sebelum membuat keputusan? Unit pandu uji Volkswagen Tayron akan disediakan di acara ini. Selain itu, pembelian kenderaan Volkswagen turut disertakan dengan waranti lima tahun serta waranti lanjutan tambahan dua tahun oleh Tras, menjadikan jumlahnya tujuh tahun*.
Bagi Audi pula, tawaran yang lebih menarik menanti pembeli Audi Q7 S line. Dengan harga dari RM369,990 untuk model tahun 2026 (ya, dikeluarkan tahun ini!), termasuk pakej Audi Assurance, Q7 S line kini ditawarkan dengan rebat sehingga RM90,000. Unit pandu uji juga akan disediakan di pameran ini. Seperti Volkswagen, pembelian Audi turut disertakan dengan waranti lima tahun serta waranti lanjutan tambahan dua tahun oleh Tras, menjadikan jumlahnya tujuh tahun*.
Selain Volkswagen dan Audi, ACE 2026 turut disertai BMW, BMW Motorrad, Chery, Dongfeng, GWM, Hyundai, iCaur, Jetour, Leapmotor, Lotus, Mazda, MINI, Mitsubishi, Omoda | Jaecoo, Perodua, Proton, Proton eMas, smart dan Zeekr. Penaja bersama Jacar dan Carro akan mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing. TNB Electron juga merupakan penaja bersama.
Selain promosi tersendiri daripada setiap jenama, paultan.org turut menyediakan baucar bernilai RM3,000 untuk 200 tempahan terawal yang disahkan di pameran ini.
Setiap tempahan yang disahkan juga layak untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah dengan nilai keseluruhan RM57,000, termasuk hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu serta lima naik taraf balutan kemasan kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu.
Beg cenderahati juga menanti anda, ihsan daripada V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.
Semua tawaran ini menanti anda di ACE 2026, dikuasakan oleh Petronas Primax, yang akan berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC) dari 31 Oktober hingga 1 November. Kemasukan adalah percuma. Dapatkan maklumat lanjut di laman mikro ACE 2026. Jumpa anda di sana!
*Tertakluk kepada terma dan syarat.









