ACE 2026: Rebat BMW istimewa untuk 530i M Sport dan i5 eDrive40, 31 Oktober-1 November 2026

paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax, akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November tahun ini di Setia City Convention Centre (SCCC). Di acara ini anda boleh mendapatkan tawaran hebat untuk pelbagai jenis kenderaan, semuanya di bawah satu bumbung.

BMW akan hadir di ACE 2026 dengan beberapa rebat yang sangat menarik, termasuk untuk 530i M Sport, sedan eksekutif utama jenama itu. Jika anda lebih gemarkan 5 Series dengan rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya, i5 eDrive40 M Sport Pro pula ditawarkan dengan rebat istimewa.

Untuk model yang lebih kecil, 218 Gran Coupe Sport terbaharu boleh dimiliki dengan rebat istimewa. 218 juga hadir dalam versi M Sport yang lebih garang, dengan pelbagai pilihan warna luaran dan dalaman.

Ini baru sebahagian daripada apa yang ditawarkan BMW di ACE 2026, kerana turut ada rebat eksklusif yang hanya akan diberikan apabila anda membuat tempahan di acara ini nanti. Pandu uji juga disediakan sepanjang hujung minggu ini nanti, bagi membantu anda mencari BMW yang paling sesuai dengan gaya hidup anda.

Rebat ini sangat istimewa, jadi datanglah ke reruai BMW di ACE 2026 dan tanya pasukan di sana berapa banyak yang anda boleh jimat untuk 530i M Sport, i5 eDrive40 M Sport Pro dan 218 Gran Coupe.

Selain BMW, ACE 2026 turut disertai Audi, BMW Motorrad, Chery, Dongfeng, GWM, Hyundai, iCaur, Jetour, Leapmotor, Lotus, Mazda, MINI, Mitsubishi, Omoda | Jaecoo, Perodua, Proton, Proton eMas, smart, Volkswagen dan Zeekr, antara lain. Penaja bersama Jacar dan Carro akan mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing, manakala TNB Electron juga merupakan penaja bersama.

Penaja dan jenama yang menyertai ACE 2026

Membeli kereta di ACE 2026 turut membawa manfaat tambahan. Selain promosi daripada setiap jenama, 200 tempahan terawal yang disahkan akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada kami. Setiap tempahan yang disahkan juga layak untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan bernilai RM57,000.

Ini termasuklah hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu serta lima naik taraf balutan kemasan kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu. Turut ditawarkan ialah beg cenderahati ihsan V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.

Jika anda sedang menunggu masa terbaik untuk membeli kereta baharu, ACE 2026 ialah tempat untuk mendapatkan tawaran terbaik, jadi kunjungilah SCCC dari 31 Oktober hingga 1 November ini. Dapatkan maklumat lanjut di laman mikro ACE 2026. Jumpa anda di sana!

Tags: