ACE 2026: Pandu uji GWM Wey G9 HEV, 31 Oktober-1 November 2026, Setia City Convention Centre

Hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax, berlangsung pada 31 Oktober hingga 1 November di Setia City Convention Centre (SCCC). Tandakan tarikh tersebut dalam kalendar; bakal ada pelbagai model kenderaan dengan tawaran menarik menanti.

Turut menyertai ACE 2026 ialah GWM, yang akan mempamerkan Wey G9 HEV di ekspo jualan berkenaan. Wey G9 HEV menyertai kembarnya, Wey G9 PHEV, sebagai MPV mewah tujuh-tempat duduk. Bezanya, kenderaan ini menguruskan sendiri gabungan kuasa petrol dan elektrik, jadi anda tidak perlu risau untuk mengecasnya.

Wey G9 HEV juga lebih mampu milik, dengan harga RM249,800 atas jalan belum termasuk insurans, iaitu RM20,000 lebih rendah berbanding versi PHEV yang setara.

Ia dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter turbo dengan transmisi DHT (dedicated hybrid transmission) empat-kelajuan dan motor elektrik bersepadu yang menggunakan bateri 1.67 kWh. Gabungan kuasanya ialah 358 PS dan 782 Nm, dengan jarak gerak gabungan sekitar 718 km (WLTP).

Kelengkapan versi HEV dan PHEV pada asasnya sama, jadi anda tidak rugi apa-apa jika memilih versi hibrid ini. Antaranya termasuk Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, pengecas tanpa wayar 50 W di bahagian hadapan, port pengecas USB di ketiga-tiga baris, kaca akustik serta kulit Nappa premium di dua baris pertama.

Penumpang baris kedua pula mendapat kerusi graviti sifar dengan pelarasan enam arah dan penyandar kepala empat arah, penyokong kaki elektrik dua arah, fungsi pengudaraan, fungsi urut 10 titik, panel kawalan bersepadu, meja lipat, bidai matahari pada tingkap sisi dan titik penambat Isofix. Datanglah ke ACE 2026 untuk melihatnya sendiri. Lebih baik lagi, cuba pandu sendiri, kerana pandu uji turut disediakan!

Penaja dan jenama yang menyertai ACE 2026

Selain GWM, ACE 2026 turut disertai Audi, BMW, BMW Motorrad, Chery, Dongfeng, Hyundai, iCaur, Jetour, Leapmotor, Lotus, Mazda, MINI, Mitsubishi, Omoda | Jaecoo, Perodua, Proton, Proton eMas, smart, Volkswagen dan Zeekr. Penaja bersama Jacar dan Carro akan mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing, manakala TNB Electron juga merupakan penaja bersama.

Membeli kereta di ACE 2026 turut membawa manfaat tambahan. Selain promosi daripada setiap jenama, 200 tempahan terawal yang disahkan akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada penganjur. Setiap tempahan yang disahkan juga layak untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai keseluruhan RM57,000.

Ini termasuklah hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu serta lima naik taraf balutan kemasan kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu. Turut ditawarkan ialah beg cenderahati ihsan V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.

Jumpa anda di ACE 2026, dikuasakan oleh Petronas Primax, dari 31 Oktober hingga 1 November di Setia City Convention Centre (SCCC). Kemasukan adalah percuma. Dapatkan maklumat lanjut di laman mikro ACE 2026.

Tags: