paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax, akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November tahun ini di Setia City Convention Centre (SCCC), dan seperti biasa, tawaran hebat untuk pelbagai kenderaan menanti anda. Jangan lupa untuk bawa keluarga dan rakan-rakan!
Di reruai MINI, rebat istimewa yang eksklusif sepanjang ACE menanti anda. Ini termasuk model MINI JCW Countryman, yang menjana sebanyak 300 PS dan 400 Nm tork. Jika anda mahukan sesuatu yang lebih santai, MINI Countryman S pula ditawarkan dengan rebat menarik.
Sementara itu, rebat istimewa turut ditawarkan untuk MINI Aceman dan MINI Convertible. Kedua-duanya pasti menarik perhatian, tetapi dengan cara berbeza. Aceman menawarkan pemanduan elektrik tanpa pelepasan, manakala Convertible membolehkan anda memandu dengan bumbung terbuka.
Peminat fesyen juga boleh melihat MINI Paul Smith Edition yang ditawarkan dengan rebat istimewa. Hanya tinggal satu unit, dalam warna Inspired White yang diserikan dengan sentuhan Nottingham Green, Dark Steel, Black Blue dan Anthracite Grey.
Rebat ini sangat istimewa, jadi datanglah ke reruai MINI di ACE 2026 dan tanya pasukan di sana berapa banyak yang anda boleh jimat untuk model MINI idaman anda.
Selain MINI, ACE 2026 turut disertai Audi, BMW, BMW Motorrad, Chery, Dongfeng, GWM, Hyundai, iCaur, Jetour, Leapmotor, Lotus, Mazda, Mitsubishi, Omoda | Jaecoo, Perodua, Proton, Proton eMas, smart, Volkswagen dan Zeekr, antara lain. Penaja bersama Jacar dan Carro akan mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing, manakala TNB Electron juga merupakan penaja bersama.
Membeli kereta di ACE 2026 turut membawa manfaat tambahan. Selain promosi daripada setiap jenama, 200 tempahan terawal yang disahkan akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada kami. Setiap tempahan yang disahkan juga layak untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai keseluruhan RM57,000.
Ini termasuklah hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu serta lima naik taraf balutan kemasan kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu. Turut ditawarkan ialah beg cenderahati ihsan V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.
Jumpa anda di ACE 2026, dikuasakan oleh Petronas Primax, dari 31 Oktober hingga 1 November di Setia City Convention Centre (SCCC). Kemasukan adalah percuma. Dapatkan maklumat lanjut di laman mikro ACE 2026.









