ACE 2026: Hyundai Stargazer dari RM99,800, pakej early bird sehingga RM4,600, 31 Oktober-1 November 2026, Setia City Convention Centre

paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax, kembali untuk edisi 2026 dan akan berlangsung hujung minggu ini, membawakan pelbagai tawaran hebat ke Setia City Convention Centre (SCCC) dari 31 Oktober hingga 1 November. Kereta dan tawarannya terhimpun di bawah satu bumbung — tak ada tempat yang lebih baik untuk membeli kenderaan baharu anda.

Jika ahli keluarga anda semakin bertambah, kereta penumpang biasa dengan dua baris-tempat duduk pastinya terasa sempit. MPV pula memang ada banyak penawaran dalam pasaran, tetapi kebanyakannya berada dalam segmen premium dengan harga yang lebih mahal. Dilancarkan bulan lalu, Hyundai Stargazer adalah pilihan mampu milik yang dibekalkan dengan kelengkapan yang lebih banyak daripada jangkaan.

MPV tiga-baris tempat duduk ini mempunyai kabin moden yang lebih mirip EV berbanding MPV bajet. Varian Prime dan X dilengkapi dua skrin 10.25-inci serta brek letak elektronik dengan auto hold, manakala varian X turut menerima tuil gear putar pada tiang stereng yang diambil daripada Tucson dan Santa Fe, serta paddle shift pada stereng. Varian X teratas ditawarkan dengan susun atur enam-tempat duduk dengan kerusi kapten di baris kedua, sesuai untuk warga emas. Dari segi keselamatan, varian Prime dan X mendapat enam beg udara serta pakej bantuan pemandu SmartSense penuh. Stargazer dijual dari harga RM99,800, dan terdapat pakej early bird bernilai sehingga RM4,600.

Stargazer juga disertakan program Resale Value Protection Hyundai, yang menjamin pembeli 70% daripada harga jualan disyorkan (RRP) pada tahun ketiga (sehingga 60,000 km), 60% pada tahun keempat (80,000 km) dan 50% pada tahun kelima (100,000 km). Tiada caj tambahan untuk menyertainya, tetapi nilai tukar beli tersebut perlu digunakan untuk membeli kenderaan Hyundai baharu.

Di ACE 2026, Hyundai by Karrus Automotive Group akan mempamerkan barisan kenderaan keluarga Hyundai, kini dengan penjimatan segera sehingga RM57,000 (tertakluk kepada terma dan syarat). Turut dipamerkan ialah SUV Tucson yang bergaya serta Staria, jika anda memerlukan MPV yang lebih besar.

Penaja dan jenama yang menyertai ACE 2026

Karrus Automotive Group juga sedang berkembang ke Pantai Timur, dengan cawangan Hyundai baharu di Kuantan yang akan dibuka pada suku pertama 2027. Ia terletak di 110, 112 dan 114 Jalan Dato Lim Hoe Leck, 25200 Kuantan.

Hyundai ialah salah satu daripada banyak jenama yang menyertai ACE 2026, termasuk Audi, BMW, BMW Motorrad, Chery, Dongfeng, GWM, iCaur, Jetour, Leapmotor, Lotus, Mazda, MINI, Mitsubishi, Omoda | Jaecoo, Perodua, Proton, Proton eMas, smart, Volkswagen dan Zeekr, serta banyak lagi. Bersama Petronas Primax menyokong pameran ini ialah penaja bersama Jacar, TNB Electron dan Carro.

Setiap jenama akan menawarkan promosi menarik masing-masing sempena pameran ini, tetapi selain tawaran jenama, 200 tempahan terawal yang disahkan di ACE 2026 akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada penganjur. Setiap tempahan yang disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan bernilai RM57,000.

Ini termasuk hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu dan lima naik taraf upholsteri kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu.

Beg cenderahati turut disediakan, ihsan V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.

Sekali lagi, paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax, akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November di Setia City Convention Centre (SCCC). Tandakan kalendar anda, dan dapatkan maklumat lanjut di laman mikro ACE 2026. Jumpa anda di sana!

Tags: