paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax, akan berlangsung hujung minggu ini dari 31 Oktober hingga 1 November di Setia City Convention Centre (SCCC). Pelbagai tawaran hebat tersedia untuk direbut oleh pembeli kenderaan baharu di bawah satu bumbung.
BMW Motorrad akan hadir di edisi terbaharu pameran jualan ini dengan barisan jentera dua roda yang mengujakan, termasuk BMW Motorrad R 1300 GS dengan Automated Shift Assistant (ASA), F 450 GS dengan Easy Ride Clutch (ERC) dan R 1300 RT yang baharu. Bukan sekadar untuk dipamerkan, BMW Motorrad juga menyediakan unit tunggang uji di ACE 2026, termasuk F 450 GS, R 1300 GS dan C 400 GT.
Untuk memudahkan anda memiliki BMW Motorrad seterusnya, pembiayaan khas BMW Credit turut ditawarkan. BMW R 1300 GS dengan Adaptive Height Control (AHC) tahun pembuatan 2026 ditawarkan dengan pembiayaan pada kadar rata 2.99% setahun apabila dibeli bersama pakej Service Inclusive lima tahun atau 50,000 km, serta lanjutan waranti dua tahun.
Faedah pembiayaan ini juga terbuka jika anda memilih model selain GS terbaharu yang ikonik ini. Semua model BMW Motorrad lain tahun pembuatan 2026 ditawarkan dengan pembiayaan pada kadar rata 3.30% setahun apabila dibeli bersama Service Inclusive lima tahun atau 50,000 km, serta lanjutan waranti dua tahun.
Ada lagi. Dari sekarang hingga 31 Disember 2026, kadar pembiayaan BMW Financial Services terpakai untuk pinjaman layak bernilai RM30,000 dan ke atas, dengan tempoh pembiayaan tiga hingga tujuh tahun, tertakluk kepada kelulusan serta terma dan syarat kempen.
Selain BMW Motorrad, ACE 2026 turut menyaksikan penyertaan Audi, BMW, Chery, Dongfeng, GWM, Hyundai, iCaur, Jetour, Leapmotor, Lotus, Mazda, MINI, Mitsubishi, Omoda | Jaecoo, Perodua, Proton, Proton eMas, smart, Volkswagen dan Zeekr, serta banyak lagi. Penaja bersama Jacar dan Carro akan mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka sendiri. TNB Electron juga merupakan penaja bersama.
Selain promosi daripada jenama yang menyertai, 200 tempahan terawal yang disahkan di pameran ini akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada kami di paultan.org.
Setiap tempahan yang disahkan juga melayakkan anda menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai RM57,000, termasuk hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu dan lima naik taraf balutan kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu.
Beg cenderahati turut disediakan, ihsan V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.
Semua tawaran ini menanti anda di ACE 2026, dikuasakan oleh Petronas Primax, yang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC) dari 31 Oktober hingga 1 November, dan kemasukan adalah percuma. Dapatkan maklumat lanjut di laman mikro ACE 2026.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.









