Proton telah mengumumkan bahawa syarikat itu telah mengeksport sebanyak 1,398 unit kereta pada bulan Julai 2026, yang turut menjadi eksport bulanan terbaiknya sejak Mac 2013. Menurut Proton, perkembangan positif itu didorong oleh permintaan yang lebih kukuh serta peningkatan aktiviti pengeluaran serantau di kilang Tanjong Malim.
“Permintaan eksport yang semakin meningkat turut mencerminkan peningkatan kualiti kenderaan yang dihasilkan di Malaysia. Memandangkan aktiviti pengeluaran serantau terus berkembang, ia akan meningkatkan penggunaan kilang, mengukuhkan rantaian bekalan tempatan serta mewujudkan peluang baru untuk vendor Malaysia.
“Bersama-sama dengan jualan domestik di negara ini, eksport akan menjadi penyumbang yang semakin penting kepada pertumbuhan jangka panjang Proton pada masa hadapan,” jelas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Rashid Musa.
Tahun lalu, pengeluar kereta nasional itu mengeksport sejumlah 6,000 unit (angka terbaik sejak 2012, +26% berbanding 2024), termasuk 2,280 unit ke Mesir dan 1,136 unit ke Vietnam. Ini antara lain turut disumbangkan oleh pelancaran model Proton di luar negara, termasuk model eMas 5 di Nepal dan Singapura, Saga MC3 di Brunei dan X50 facelift di Trinidad dan Tobago dan Brunei. Sasaran eksport Proton tahun ini adalah sebanyak 12,000 unit.
IKLAN: Pandu model Proton idaman anda. Hantar butiran anda dan Proton PJ akan menghubungi anda.









Proton X90
dari RM106,800
Proton S70
dari RM73,800
Proton eMas 7 PHEV
dari RM109,800
Proton X70
dari RM106,800
Proton Saga
dari RM38,990
Proton eMas 5
dari RM59,800
Proton X50
dari RM89,800
Proton eMas 7
dari RM103,800