Lencongan trafik di KM165.35-KM166.60 antara Bukit Gambir-Tangkak di Lebuhraya PLUS, 18 Ogos-16 Sept

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan pelaksanaan lencongan trafik di KM165.35 hingga KM166.60 (arah utara), antara Bukit Gambir dan Tangkak di Lebuhraya Utara-Selatan bermula esok (18 Ogos) hingga 16 September 2026.

Difahamkan bahawa lencongan ini dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan jalan di KM166.2 (arah utara) sebagai sebahagian daripada usaha menambah baik infrastruktur lebuh raya.

Justeru, para pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi papan tanda trafik dan arahan petugas PLUS ketika melalui kawasan terlibat. Sentiasalah mengamalkan pemanduan selamat dan berhemah.