Perlis bakal mempunyai litar permotoran sendiri tidak lama lagi apabila projek pembinaannya akan bermula dengan kos bernilai RM20 juta, kata Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah.
Menurut Abu Bakar, litar permotoran sepanjang 1.3 kilometer yang terletak di kawasan Perindustrian Lembah Industri Chuping (CVIA) bukan sahaja memberi impak positif kepada ekonomi setempat, malah turut mengukuhkan sektor pelancongan dengan kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara, laporan Harian Metro.
“Pada 15 September depan, kita akan mengadakan majlis pecah tanah bagi pembinaan litar permotoran ini menerusi jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan syarikat ESR Motors.
“Dengan adanya litar ini, ia bukan sahaja dapat meningkatkan martabat sukan permotoran, malah turut melonjakkan ekonomi setempat dan negeri Perlis secara keseluruhannya,” katanya selepas mengadakan lawatan bagi meninjau tapak pembinaan litar tersebut semalam.
Abu Bakar berkata, fasiliti baharu itu bakal merancakkan lagi sektor pelancongan sempadan khususnya menerusi kemasukan pengunjung dari Thailand.
“Pelancong dari Thailand, terutamanya peminat sukan permotoran yang ingin berkunjung ke litar itu pasti akan singgah dan berbelanja di Perlis. Ini sudah tentu membantu kepada peningkatan rantaian ekonomi setempat dan peniaga tempatan yang akan merasakan limpahannya,” katanya.










saya lihat video singapura kedai kopi orang sentuh kanak dan ibubapa marah orang salah,saya ingat pak cik kelapa marah saya jatuh cinta anak perempuan dia macam ini?saya benci video dia di singapura?kes benar macam ini?