Bagi minggu bertarikh 27 Ogos hingga 2 September 2026, Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa harga runcit bagi petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 5 sen seliter, menjadi RM4.30 seliter.
Begitu juga RON95 tanpa subsidi yang dinaikkan sebanyak 5 sen seliter, kini RM3.82 seliter. Manakala harga bersubsidi di bawah program Budi95 tetap dikekalkan pada RM1.99 seliter. Untuk Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS), ia masih ditetapkan pada harga RM2.05 seliter.
Malah harga diesel tanpa subsidi juga dinaikkan sebanyak 5 sen seliter, menjadi RM4.72 seliter. Walau bagaimana pun diesel di bawah program subsidi Budi Diesel masih berharga RM2.10 seliter. Bagi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pula, ia masih ditetapkan pada RM2.15 seliter.
Semua harga runcit yang dinyatakan ini berkuatkuasa pada 12 tengahmalam ini (27 Ogos) sehingga jam 11.59 malam pada 2 September 2026. Ini merupakan edisi ke-36 bagi format harga minyak mingguan untuk tahun 2026, dan yang ke-399 secara keseluruhan sejak format ini diperkenalkan pada tahun 2019.








