Papan tanda iklan terjatuh dari jejambat antara Subang-Shah Alam di NKVE akibat kemalangan membabitkan lori

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa terdapat kemalangan berlaku di KM8.8 (arah selatan) antara Subang ke Shah Alam berhampiran MSU di Lebuhraya NKVE tengahari tadi, yang mengakibatkan lorong kecemasan, kiri dan tengah terhalang.

Kemalangan itu membabitkan sebuah lori yang turut mengakibatkan papan tanda iklan terjatuh di laluan bawah dari flyover lebuhraya berkenaan. Trafik dilaporkan sesak teruk sejauh 5 km. Kerja-kerja pengalihan objek halangan dan pembersihan sedang giat dijalankan.

Justeru, pengguna laluan berkenaan diminta memandu lebih berhati-hati dan mengikut arahan petugas di lokasi kejadian. Anda juga dinasihati menggunakan laluan alternatif sekiranya perlu.