PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa pihaknya sedang giat menjalankan kerja-kerja menaik taraf penghadang jambatan sedia ada di laluan Simpang Pulai ke Gopeng di KM288.1 dan KM293.3 (arah selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan sehingga 11 September 2026.
“Sehubungan dengan itu, lorong kiri sedia ada di KM287.7-KM288.2 dan KM292.9-KM293.3 (arah selatan) ditutup bagi memberi laluan untuk kerja-kerja tersebut dijalankan.
“Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan, mematuhi papan tanda trafik serta arahan petugas di lokasi bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh kerja dijalankan,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

