Baru-baru ini di laman Facebook paultan.org Automotive/Car Discussion Group, seorang pengguna telah membuat hantaran menunjukkan sekumpulan Proton S70 dibawa menggunakan trak penghantar – apa yang berbeza, ke semua unit sedan segmen-C berkenaan diberikan pelekat pelindung di beberapa bahagian seperti hadapan, belakang dan juga bumbung, menandakan ia bakal dieksport keluar negara.
Dan ia sah akan dieksport kerana jika anda lihat dengan lebih teliti, kesemua unit sedan tersebut di lekat dengan logo Geely, bermaksud ia adalah Geely Emgrand, bukan Proton S70. Ke pasaran mana Geely Emgrand yang dipasang di Tanjong Malim ini akan di bawa?
Bukan lagi rahsia bahawa Proton sekarang memasang kembar X50 iaitu Geely Coolray, bukan sahaja untuk pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) seperti di Indonesia dan Afrika Selatan, malah turut menghasilkan model pemanduan sebelah kiri (LHD) yang dieksport ke Vietnam. Dan untuk Geely Emgrand ini, berkemungkinan ia dihasilkan untuk pasaran Filipina.
Geely Emgrand sememangnya sudah berada di Filipina sejak 2022, dengan stok versi LHD yang dibawa terus dari China. Namun untuk pasaran China, Emgrand bakal diganti dengan model generasi baharu tidak lama lagi, dan versi sedia ada mungkin akan diambil dari kilang Proton di Malaysia. Malah pasaran Filipina juga sebelum ini sudah disahkan akan menerima Proton Saga MC3 dalam versi LHD yang akan direbadge dengan logo Geely, bakal dilancarkan di sana pada suku keempat tahun ini.
Geely Emgrand dan Proton S70 mungkin nampak sama dari segi rupa luaran. Namun dari segi mekanikal, kedua-dua model ini mempunyai perbezaan yang ketara di mana Emgrand hanya ditawarkan dalam versi dengan enjin 1.5 liter empat-silinder NA berkuasa 102 PS/142 Nm digandingkan dengan kotak gear CVT automatik di semua pasaran, manakala Proton S70 pula buat masa sekarang hanya ditawarkan dengan enjin 1.5 liter empat-silinder turbo berkuasa 181 PS/290 Nm dengan kotak gear klac berkembar automatik 7-kelajuan.
Jadi ini bermakna, Proton kini turut sudah mula memasang enjin 1.5 NA dan kotak gear CVT pada badan ‘S70’ menerusi penghasilan Emgrand untuk dieksport berkenaan. Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa S70 turut bakal menerima pilihan enjin 1.5L NA untuk dijual pada harga lebih murah dari versi turbo, serta menggantikan tempat sedan segmen-B Proton Persona yang bakal dihentikan penjualannya tidak lama lagi.
Proton juga dikhabarkan sedang membangunkan S70 versi facelift dengan rupa luaran berbeza dari versi sedia ada dan mungkin akan dilancarkan pada tahun ini. Jadi berkemungkinan besar varian dengan enjin NA berkenaan akan ditawarkan pada versi facelift tersebut.
Nampaknya Proton memang tiada istilah ‘rilek’ di Tanjong Malim sekarang. Selain dari sibuk menyiapkan tempahan Proton Saga MC3 dan juga mula menghasilkan model-model eksport untuk Geely, Proton juga akan melancarkan sekurang-kurangnya dua lagi model baharu menjelang hujung tahun ini iaitu SUV kompak AMA 02/Saga Cross, dan juga S70 facelift.

Proton S70
dari RM73,800
Proton X90
dari RM106,800
Proton eMas 7 PHEV
dari RM109,800
Proton X70
dari RM106,800
Proton Saga
dari RM38,990
Proton eMas 5
dari RM59,800
Proton X50
dari RM89,800
Proton eMas 7
dari RM103,800
Ssss