Lepas Glenmarie dalam pembinaan, bakal lancar Q4?

Jika anda melalui jalan di sekitar Glenmarie, ada perubahan yang sedang berjalan di situ. Bertempat di tapak lama Porsche Glenmarie sebelum ini, premis berkenaan sudah bertukar tangan kepada jenama Lepas, dan sedang diubah suai untuk menjadi bilik pameran, yang juga satu daripada 30 cawangan yang disasarkan oleh jenama itu menjelang akhir 2026 nanti.

Terlihat jelas juga nama Joystar Motor di bahagian kiri atas bangunan. Untuk makluman, Joystar merupakan pengedar kepada jenama Chery, Jetour dan GWM, yang mengendalikan cawangan di Glenmarie di bawah Joystar Auto. Ini tentunya satu daripada 20 pengedar yang telah dilantik oleh Lepas seperti yang diumumkan Mei lalu.

Lepas Glenmarie dalam pembinaan, bakal lancar Q4?

Selepas tertangguh untuk beberapa ketika, subjenama Chery tersebut kini mensasarkan pelancaran rasminya di Malaysia pada suku keempat tahun ini. Jenama itu juga telah membuat pratonton model-model seperti L4 EV, L6 dan L8 di Kelab Polo Kuala Lumpur bulan lalu. Bagaimanapun, belum disahkan model mana yang akan dibawa masuk ke Malaysia terlebih dahulu — semua model yang ditunjukkan ketika itu adalah bertujuan R&D, dan bukannya unit untuk pasaran tempatan.

Jenama ini sebetulnya masih sangat baru, yang pertama kali diumumkan ketika Auto Shanghai 2025. Jika anda tertanya-tanya tentang kedudukan pelbagai jenama Kumpulan Chery, klik di sini – Lepas sememangnya idaman Mazda. Oh, dan berikut ialah cara untuk menyebut Lepas secara rasmi.

Lepas L4 EV di Malaysia

Lepas L6 di Malaysia

Lepas L6 LSH di Malaysia

Lepas L8 LSH di Malaysia