Proton eMas terjual 3,888 unit pada Julai 2026 — 21,808 unit YTD, eMas 5 paling laris, diikuti eMas 7 PHEV

Sepanjang bulan Julai 2026, Proton memaklumkan syarikat itu telah menyerahkan sebanyak 3,888 unit kenderaan eMas kepada pelanggan. Ini menjadikan jumlah jualan tahunan setakat ini (YTD) mencapai angka 21,808 unit. Julain 2026 juga mencatatkan jualan bulanan tertinggi bagi jenama eMas sejak ia dilancarkan.

Bagi pecahan mengikut model, eMas 5 mendahului dengan menjadi model EV paling laris di negara ini bagi tahun 2026 dengan jumlah YTD mencecah 13,196 unit. Sementara itu, eMas 7 PHEV pula merupakan model kedua paling laris jenama itu dengan angka jualan mencecah 4,946 unit setakat ini — sekali gus menjadikannya model plug-in hybrid paling popular di Malaysia.

Bagi eMas 7, angka jualan YTD SUV elektrik tersebut mencecah 3,666 unit. Susulan majlis pelancaran eMas 7 PHEV pemasangan tempatan (CKD) minggu lalu, semua barisan model eMas, termasuk eMas 5 dan eMas 7, kini dipasang di kilang syarikat itu di Tanjong Malim, Perak. Ini termasuk unit janaan elektrik dan transmisi hibrid khusus yang digunakan.

“Pertumbuhan berterusan Proton eMas mencerminkan peningkatan keyakinan rakyat Malaysia terhadap penyelesaian mobiliti elektrik kami,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang. “Selain meluaskan rangkaian produk kami, kami juga komited untuk memberikan pengalaman pemilikan yang menepati jangkaan pelanggan melalui inisiatif seperti aplikasi super Proton eMas, rangkaian runcit yang berkembang pesat dan kerjasama berterusan dengan rakan kongsi infrastruktur pengecasan,” tambahnya.

Bulan lalu juga menyaksikan pembukaan enam cawangan Proton eMas baru, menjadikan rangkaian pengedarnya kini 58 cawangan jualan dan 45 pusat servis di seluruh negara.

IKLAN: Pandu model Proton idaman anda. Hantar butiran anda dan Proton PJ akan menghubungi anda.