BYD Cars Malaysia telah pun memperkenalkan BYD Sealion 7 Performance dalam warna Hibiscus Red, dihasilkan khas hanya 16 unit sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini. Warna berkenaan diinspirasikan dari warna bunga Hibiscus, atau lebih dikenali sebagai Bunga Raya, yang juga merupakan bunga kebangsaan Malaysia.
Model ini dijual pada harga RM197,800, atau RM6,000 lebih murah berbanding Sealion 7 Performance biasa ketika versi kemaskini 2026 diperkenalkan sebulan yang lalu.
Selain dari warna, versi edisi terhad ini masih berkongsi kelengkapan dengan Sealion 7 Performance, iaitu varian paling tinggi ditawarkan di Malaysia. Jadi ia menerima dua motor elektrik (313 PS/380 Nm belakang dan 218 PS/310Nm hadapan) yang memacu semua roda dibekalkan dengan kuasa keseluruhan 530 PS dan tork maksima 690 Nm, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.5 saat.
Motor-motor berkenaan menerima bekalan elektrik menerusi pek bateri Blade LFp 91.3 kWj, membolehkan ia bergerak sejauh 502 km berdasarkan kitaran ujian WLTP.
Perincian dalaman juga sama sepenuhnya dengan Sealion 7 Performance standard, di mana ia diberikan paparan instrumen digital 10.35-inci, dibantu dengan paparan head-up AR 50-inci, serta skrin infotainmen utama di tengah bersaiz 15.6-inci.
Varian Performance ini juga menerima sistem bunyi Dynaudio dengan 12-pembesar suara, pintu tailgate belakang bantuan kuasa dengan penderia kaki, pengecas telefon pintar tanpa wayar 50-watt, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar serta empat port USB merangkumi dua di hadapan dan dua belakang di mana setiap bahagian hadir dengan port Type-A dan Type-C.
Manakala untuk keselamatan, BYD Sealion 7 Performance ini dibekalkan dengan sembilan-pembesar suara, pederia parkir hadapan dan belakang, kamera pemantau 360-darjah serta sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) dengan fungsi merangkumi cruise control adaptif, brek kecemasan automatik, amaran dan pengelak keluar lorong, bantuan kekal lorong, amaran lintasan trafik belakang dan bantuan lampu tinggi.
BYD Sealion 7 Performance AWD 2026


BYD Sealion 7
dari RM163,800
BYD Atto 3
dari RM125,800
BYD Seal 6
dari RM100,000
BYD Seal
dari RM171,800
BYD Atto 2
dari RM100,000
BYD M6
dari RM109,800