Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan sekeras-kerasnya satu hantaran Facebook oleh pengguna Along Auto Parts yang bertajuk ‘JPJ Cadang Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu’. Hantaran tersebut direka menyerupai grafik berita dengan tajuk ‘Breaking News’, serta memaparkan gambar latar pegawai JPJ dalam situasi yang kelihatan seperti sidang media. Hantaran itu jelas direka untuk menjadi tular, dengan tanda pagar #rohingya, #isuterkini, #jpj dan #trending.
“JPJ memandang serius tindakan mana-mana pihak yang menghasilkan, mengubah suai atau menyebarkan kandungan menggunakan nama, identiti atau imej jabatan sehingga mengelirukan masyarakat dan menjejaskan kredibiliti JPJ,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.
JPJ turut memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan siasatan dijalankan serta tindakan sewajarnya diambil berhubung penyebaran kandungan tersebut.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang kesahihannya tidak dapat dipastikan dan sentiasa merujuk saluran rasmi JPJ untuk mendapatkan maklumat yang tepat,” nasihat jabatan itu.
Sebelum ini, JPJ telah menjelaskan bahawa etnik Rohingya tidak layak mendapatkan lesen memandu Malaysia disebabkan status mereka sebagai pelarian. Selain menahan warga asing yang memandu tanpa lesen, JPJ turut mengambil tindakan terhadap penduduk tempatan yang menyewakan kenderaan mereka kepada etnik Rohingya.









Tun Dr Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia 28 september 2026 tahun saya sedih,jaga tuan mahathir jangan mati?