Lexus Malaysia dilihat semakin hampir untuk memperkenalkan Lexus ES generasi kelapan (XZ20) di pasaran tempatan. Model sedan mewah ini membuat kemunculan global pada April lalu sebelum mula diperlihatkan menerusi imej teaser untuk pasaran Malaysia pada Julai tahun ini.
Menerusi perkongsian di laman media sosialnya, Lexus Malaysia memaklumkan bahawa model baru itu akan dipertontonkan di bilik pameran terpilih Lexus di seluruh Semenanjung Malaysia pada 31 Oktober hingga 1 November ini. Walaubagaimanapun, tarikh pelancaran rasmi sedan berkenaan masih belum diumumkan.
Bersama dengan imej teaser bahagian fender hadapan yang disiar, tertulis “something extraordinary awaits. A glimpse is only the beginning. Be among the first to discover a new expression of Lexus and what it means to move above the noise.”
Menerusi laman khas untuk model serba baru itu, Lexus Malaysia sudah mengesahkan harga permulaan anggaran sebanyak RM366,888 serta penggunaan rangkaian kuasa hibrid. Sistem hibrid generasi keenam Lexus ini ditawarkan dalam dua pilihan, iaitu ES300h dan ES350h, namun butiran lanjut mengenai spesifikasi untuk pasaran Malaysia masih belum didedahkan.
Selain versi hibrid, ES generasi baru ini turut hadir dengan rangkaian kuasa elektrik penuh buat kali pertama dalam sejarah model tersebut. Versi elektrik berkenaan hadir dalam pilihan ES350e dan ES500e. Walaupun Lexus Malaysia belum memberikan sebarang petunjuk mengenai penawaran varian elektrik di sini, Indonesia misalnya menerima pilihan hibrid dan elektrik bagi model berkenaan.
Dari segi dimensi, Lexus ES baru dibina menggunakan platform TNGA-K yang telah dikemas kini, dengan saiz badan lebih besar berbanding model terdahulu. Ia mempunyai panjang 5,140 mm, lebar 1,920 mm, ketinggian antara 1,555 hingga 1,560 mm serta jarak roda 2,950 mm. Ini bermakna panjangnya bertambah 165 mm, lebar meningkat 55 mm, ketinggian bertambah antara 105 hingga 110 mm dan jarak roda lebih panjang sebanyak 80 mm.
Dengan dimensi tersebut, ES kini semakin menghampiri saiz Lexus LS. Namun, LS masih lebih besar dengan panjang 5,235 mm dan jarak roda 3,125 mm. Maklumat lanjut mengenai spesifikasi, kelengkapan dan pilihan rangkaian kuasa yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia dijangka diketahui apabila Lexus ES baru ini diperkenalkan secara rasmi kelak.
GALERI: Gambar rasmi Lexus ES generasi ke lapan









Lexus LX
dari RM1,540,000
Lexus GX
dari RM780,000
Lexus LBX
dari RM238,888
Lexus RZ
dari RM429,888
Lexus LM
dari RM1,228,000
Lexus RX
dari RM468,888
Lexus NX
dari RM395,888
Lexus LS
dari RM1,188,000
Lexus LC
dari RM1,379,000