Perodua mula mengeksport model terbaharunya, SUV Traz bersama MPV Alza ke pasaran Sri Lanka yang buat masa ini kekal menjadi satu daripada pasaran eksport terbesar jenama tersebut.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, pasaran Sri Lanka telah mencatatkan jualan melebihi 20,000 unit bagi kenderaan keluaran syarikat ini sejak tahun 1997. Selain Sri Lanka, kini Perodua turut mengeksport model siap dipasang sepenuhnya (Completely Build-Up) ke lima negara lain iaitu Brunei, Fiji, Mauritius, Bangladesh dan Papua New Guinea.
“Kami juga merancang untuk mengeksport kenderaan Pre-Owned Vehicles kami dan setakat ini, kami telah mengembangkan pasaran termasuklah ke Timor Leste tahun ini,” katanya.
Berhubung pelancaran baharu di Sri Lanka, harga pengenalan khas Perodua Traz akan diberikan kepada 50 pelanggan terawal iaitu Rs. 19,950,000 (RM243,090) dengan aksesori tambahan dan Rs. 19,200,000 (RM233,957.23) tanpa aksesori tambahan. Manakala untuk Perodua Alza, ia dijual pada harga Rs. 19,950,000 (RM243,090). Kesemua harga yang dinyatakan adalah termasuk cukai.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kumpulan United Motors Lanka PLC, Mr Chanaka Yatawara berkata sejak sekatan import kenderaan dibatalkan pada 2025, syarikat berkenaan telah menjual hampir 3,000 unit kenderaan dan ia mencerminkan kepercayaan kuat pelanggan di Sri Lanka terhadap jenama Perodua.
“Dengan keupayaan pengeluaran Perodua yang telah terbukti serta rangkaian jualan serta servis Kumpulan United Motors, kami yakin Traz dan Alza akan terus meraih kepercayaan di kalangan keluarga serta pemilik perniagaan di Sri Lanka,” katanya.
Untuk pasaran Malaysia, Traz yang merupakan kembar kepada Toyota Yaris Cross, dilancarkan pada December 2025 dengan menawarkan dua varian iaitu Traz X yang paling asas dijual dengan harga RM76,100, Traz Hberharga RM81,100 dan Traz H dua-tona dengan harga RM82,000.
Ia dilengkapi unit enjin sedia ada Perodua iaitu 1.5L 2NR-VE DVVT-i yang menjana sebanyak 78 kW pada 6,000 rpm dan 138 Nm tork pada 4,200 rpm. Enjin ini memberikan kadar penggunaan minyak sekitar 21.3 km/l mengikut MDC (kitaran pemanduan Malaysia).
Manakala Alza pula dilancarkan pada 2022 dan telah mencatat jumlah pendaftaran sebanyak 19,504 unit antara Januari hingga Jun tahun ini, menurut data yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Tiga varian ditawarkan iaitu Alza X (RM62,500), Alza H (RM68,000) dan Alza AV (RM75,500), ketiga-tiganya adalah harga atas jalan tidak termasuk insurans, dengan SST.
Dibangun menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), Alza menjadi model kedua selepas Ativa yang berkongsi platform sama serta berada di bawah konsep Perodua Smart Build. Ia menggunakan sistem janaan kuasa dan pacuan yang sama dengan Myvi iaitu enjin NR 1.5L yang mampu menghasilkan sebanyak 105 hp dan 138 Nm tork pada 4,200 rpm iaitu 3 hp dan 1 Nm lebih tinggi berbanding Myvi.









Perodua Traz
dari RM76,100
Perodua QV-E
dari RM69,999
Perodua Axia
dari RM38,600
Perodua Alza
dari RM62,500
Perodua Myvi
dari RM46,500
Perodua Ativa
dari RM62,500
Perodua Bezza
dari RM34,580
Perodua Aruz
dari RM72,900