Isuzu Malaysia mengumumkan bahawa D-Max berjaya menguasai 17.3% pegangan pasaran trak pikap di Malaysia bagi suku kedua 2026. Pencapaian itu turut menunjukkan peningkatan sebanyak tiga mata peratusan berbanding suku pertama tahun ini.
Daripada keseluruhan jualan D-Max, varian Standard 4×4 Auto muncul sebagai pilihan paling popular dengan menyumbang sebanyak 36% daripada jumlah keseluruhan. Bagi varian Single Cab Auto pula, yang merupakan trak pikap single cab pertama di Malaysia ditawarkan bersama transmisi automatik, ia menyumbang 60% daripada keseluruhan jualan D-Max Single Cab. Menurut Isuzu Malaysia, sambutan yang diterima terhadap varian tersebut amat memberangsangkan dan dijangka terus meningkat.
“Keupayaan Isuzu D-Max yang sememangnya terkenal kini digabungkan dengan pelbagai kelebihan baru dari segi prestasi, termasuk pemanduan yang diperhalusi serta kecekapan penggunaan bahan api yang lebih baik, sekaligus menawarkan sebuah trak pikap yang lebih menyeluruh kepada pengguna di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi.
Dilancarkan pada Mac lalu, Isuzu D-Max 2026 hadir dengan enjin turbodiesel empat silinder 2.2 liter serba baru yang menggantikan unit 1.9 liter yang telah digunakan sejak sedekad lalu. Sementara itu, enjin 3.0 liter masih dikekalkan untuk menggerakkan varian tertinggi X-Terrain.
Secara keseluruhannya, D-Max 2026 ditawarkan dalam 10 varian merangkumi pilihan transmisi manual enam kelajuan, automatik enam kelajuan dan automatik lapan kelajuan, selain pilihan pacuan dua roda serta pacuan empat roda.
Isuzu D-Max 2.2L TD 4×4 AT Premium 2026
Isuzu DMax 2.2L TD 4×4 AT Single Cab 2026









Isuzu D-MAX
dari RM103,121