Chery Malaysia telah pun melancarkan pusat pameran Chery Alor Setar, setelah berpindah ke lokasi baharu, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pengembangan jenama itu di Wilayah Utara.
Terletak di Lot 304, Lorong Perak 16, Jalan Perusahaan Mergong 2, kemudahan yang dinaiktaraf ini memperkenalkan konsep Generasi 4.0 terkini Chery dengan menampilkan persekitaran pusat pameran yang diperbaharui serta mencerminkan elemen sofistikasi, inovasi dan fokus kepada pelanggan.
Dikendalikan oleh rakan pengedar Indah Utara Enterprise Sdn Bhd yang turut mengendalikan pusat 3S Chery Sungai Petani, pusat 3S Chery Alor Setar ini berkeluasan 877 meter persegi dan dilengkapi dengan empat ruang servis bagi menyediakan penyelenggaraan dan servis kenderaan yang cekap serta mudah kepada pelanggan di seluruh Kedah dan negeri-negeri utara yang berhampiran.
Pelanggan yang mengunjungi Chery Alor Setar boleh melihat dengan lebih dekat rangkaian penuh kenderaan Chery dalam suasana yang mesra dan kontemporari. Mereka juga boleh berehat di ruang istirahat pelanggan sementara menunggu kenderaan mereka diperiksa oleh staf Chery yang terlatih, sekali gus memastikan penyelenggaraan kenderaan yang
professional.
Pusat pameran Chery Alor Setar beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada Isnin hingga Ahad, termasuk cuti umum, bagi menawarkan kemudahan dan akses yang lebih baik untuk pelanggan. Manakala pusat servis pula beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap Ahad hingga Khamis dan ditutup pada hari Jumaat serta cuti umum.









Chery Tiggo 9
dari RM166,800
Chery Tiggo 8
dari RM159,800
Chery Tiggo 7
dari RM129,400
Chery O5
dari RM116,800
Chery Tiggo Cross
dari RM88,800
Chery Omoda E5
dari RM146,800