Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan memaklumkan bahawa penutupan persimpangan lampu isyarat selepas laluan keluar Plaza Tol Seremban yang dijadualkan dilaksanakan mulai hari ini hingga 5 Okt 2026 ditangguhkan sehingga ke tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.
Sepatutnya penutupan persimpangan berkenaan adalah bagi kajian penyuraian trafik antara laluan keluar plaza tol berkenaan dan Jalan Sungai Ujong yang memang ‘terkenal’ dengan kesesakan lalu lintas khususnya pada waktu puncak.
“Penangguhan pelaksanaan kajian ini adalah berikutn faktor-faktor yang berada di luar kawalan pihak Jabatan. Sehubungan itu, orang awam adalah dinasihati untuk mengambil maklum mengenai penangguhan berkenaan dan tidak terjejas oleh sebarang maklumat berkaitan pelaksanaan kajian pada tarikh asal,” kata JKR menerusi kenyataan yang dikeluarkan.
Tambahnya, sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa oleh pihak jabatan dan agensi yang terlibat.








