Proton mengumumkan bahawa sebanyak 8,701 unit Saga MC3 telah berjaya diserahkan kepada pelanggan sepanjang bulan September 2026, menjadikan ia sebagai model terlaris di Malaysia pada bulan lalu. Jumlah berkenaan adalah 1,354 unit lebih banyak berbanding bulan sebelumnya di mana Saga MC3 telah terjual sebanyak 7,347 unit pada Ogos 2026.
Ini membolehkan jualan kumulatif tahunan Saga untuk 2026 (YTD) kini sudahpun mencecah 68,237 unit, atau 34.5% lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu. Ini merupakan kali ketiga Saga menjadi model terlaris pada tahun ini selepas Januari dan Mei, dan rekod tertinggi dicatatkan adalah pada Januari di mana sebanyak 10,285 unit.
Proton Saga MC3 2026 ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium, masing-masing dijual pada harga atas jalan tanpa insuran bermula RMRM38,990, RM44,990 dan RM49,990. Ia digerakkan oleh dengan enjin “i-GT” BHE15-CFN yang mampu menghasilkan kuasa 120 PS dan tork maksima 150 Nm.
Dua jenis transmisi ditawarkan untuk Saga – bagi varian paling tinggi iaitu Premium ia datang dengan kotak gear CVT, manakala dua varian lebih rendah pula iaitu Executive dan Standard, ia datang dengan kotak gear automatik konvensional empat kelajuan 4AT.
Model ini juga menerima rombakan besar dari segi rupa di mana semua varian kini diberikan lampu hadapan projektor LED, gril dan bampar hadapan baharu, serta lampu belakang juga dengan teknologi LED, bersama bar LED merentangi sepenuhnya but belakang (hanya untuk varian Premium).
Kabin Saga ini juga telah dirombak semula di mana varian Executive dan Premium kini diberikan skrin infotainmen sembilan-inci dengan hubungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, dan semua varian diberikan paparan instrumen digital dengan skrin TFT tujuh-inci dan juga roda stereng lebih sporty rekaan rata di bawah.
Selain itu Saga MC3 2026 dalam varian Premium turut menerima peningkatan drastik dari segi keselamatan di mana ia kini diberikan enam beg udara dan fungsi bantuan pemanduan termaju (ADAS).










Proton Saga
dari RM38,990
Proton S70
dari RM59,800
Proton X90
dari RM106,800
Proton eMas 7 PHEV
dari RM109,800
Proton X70
dari RM106,800
Proton eMas 5
dari RM59,800
Proton X50
dari RM89,800
Proton eMas 7
dari RM103,800