Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa aktiviti bidaan menerusi platform dalam talian JPJeBid bakal ditangguhkan bermula 16 hingga 23 Oktober ini. Ia adalah bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Ujian Prestasi Sistem (Performance Test).
“Sepanjang tempoh tersebut, sistem JPJeBid tidak dapat diakses dan sebarang urusan bidaan tidak dapat dilaksanakan,” kata JPJ.
Disebabkan penangguhan aktiviti menerusi platform JPJeBid ini, sila ambil maklum bahawa ada dua siri nombor pendaftaran yang sebelum ini telah diuar-uarkan akan dibuka bidaan, telah pun diubah ke tarikh lain.
Siri terbabit ialah dari WP Kuala Lumpur, VSB yang sebelum ini diumumkan bakal membuka bidaan mulai 16 Okt, namun kini telah ditukarkan ke 25 Okt. Manakala siri dari Sarawak, QEA, pula telah ditukarkan ke tarikh bidaan baharu iaitu mulai 24 Okt, berbanding tarikh sebelum ini, 15 Okt.








