Honda dilaporkan kini sedang melobi kerajaan Thailand untuk mempertimbangkan cukai import bagi model-model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun setara dengan model-model EV dan juga REEV dari negara lain.
Dalam laporan Autolifethailand, presiden dan CEO Honda Automobile (Thailand), Koji Iwanami berkata bahawa syarikatnya ada beberapa model dari Jepun mahu dibawa masuk ke Thailand, namun cukai import yang tinggi dikenakan akan menyukarkan mereka untuk menetapkan harga yang kompetitif.
Iwanami menambah ini berbeza dengan model-model EV dan REEV yang dikecualikan daripada cukai import jika dibawa masuk dari negara tertentu. Beliau tidak memperincikan nama model dan ‘negara tertentu’ tersebut, namun kami menganggap ia termasuk China, dan polisi ini antaranya membolehkan Geely melancarkan model REEV Starray EM-R dipasaran berkenaan.
Sekiranya cukai import ini dikurangkan, Honda boleh membawa beberapa model terus dari Jepun seperti Jazz dan Freed bagi memberikan pilihan yang lebih banyak kepada pelanggan. Iwanami juga menjelaskan bahawa model-model tersebut tidak dapat dipasang secara tempatan (CKD) kerana kilang Honda di Prachinburi kini beroperasi hampir pada kapasiti penuh bagi menghasilkan 110,000 unit setahun.
Kilang berkenaan bukan sahaja menghasilkan model-model seperti City sedan dan hatchback, Civic, Accord, HR-V dan CR-V yang dijual pada pasaran tempatan, malah ia turut dieksport ke lebih 70 negara seluruh dunia.
Jadi pengurangan cukai import ke atas kenderaan Jepun ini tidak akan mengakibatkan pengurangan pekerjaan tempatan atau risiko perniagaan dengan pembekal tempatan, kata Iwanami. Sebaliknya, bos Honda Thailand itu menyatakan syarikatnya kini merancang untuk meningkatkan kapasiti tahunan kilangnya kepada 150,000 unit, membolehkan lapan model diproduksi di kilang yang sama.









Honda WR-V
dari RM94,900
Honda Prelude
dari RM278,000
Honda HR-V
dari RM115,900
Honda e:N1
dari RM149,900
Honda Civic
dari RM133,900
Honda City Hatchback
dari RM85,900
Honda CR-V
dari RM178,200
Honda Civic Type R
dari RM399,900
Honda City
dari RM84,900