JPJ Johor keluarkan 7,804 saman VEP bernilai RM1.17 juta bagi tempoh Januari hingga 18 Oktober 2026

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor telah sebanyak 7,804 saman berjumlah RM1.17 juta menerusi pelaksanaan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi tempoh Jan sehingga 18 Okt lepas, laporan Bernama.

Pengarah JPJ Johor, Zulkarnain Yasin berkata, jumlah itu direkodkan hasil pemeriksaan terhadap 120,740 kenderaan di kedua-dua pintu masuk darat negeri itu iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), sepanjang tempoh berkenaan.

“(Bagaimanapun) kadar ketidakpatuhan dalam kalangan pemandu warga asing sebenarnya masih rendah, berbanding keseluruhan jumlah kenderaan yang diperiksa,” katanya yang turut menambah van mobile JPJ diletakkan di BSI dan KSAB sejak awal bulan ini bagi memudahkan pembayaran saman VEP.

Katanya lagi, setakat ini, tiada kenderaan asing yang dikenakan sekatan keluar dari negara ini menerusi kedua-dua pintu masuk berkenaan, akibat gagal membayar saman.

JPJ Johor keluarkan 7,804 saman VEP bernilai RM1.17 juta bagi tempoh Januari hingga 18 Oktober 2026

“Tindakan kita bagi mengelakkan daripada (saman) tertunggak, secara automatik, mereka (pemilik kenderaan) perlu terus membuat pembayaran, sebab itu kita juga sediakan skuad bergerak,” katanya.

Beliau berkata, pasukannya sentiasa bersiap sedia di lokasi terbabit, bagi memastikan kelancaran operasi sekiranya terdapat isu teknikal atau gangguan sistem VEP.

Dalam pada itu, Zulkarnain berkata, walaupun penguatkuasaan sepenuhnya VEP dilakukan tahun lepas, namun masih ada pemilik kenderaan asing yang menggunakan alasan tidak mengetahui pelaksanaan itu.

“Sebahagiannya memberi alasan tidak tahu, sedangkan (penguatkuasaan VEP) sudah lama, tapi masih ada, alasan seperti ini kita tidak akan terima,” katanya.