PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa laluan kontra akan diaktifkan secara berperingkat di laluan antara Persimpangan Bertingkat Bukit Gambir – Tangkak di Lebuhraya Utara-Selatan. Ia adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelancaran rasuk jambatan oleh kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR).
Pengaktifan laluan kontra itu membabitkan dua fasa dengan Fasa 1 dilaksanakan dari jam 10 malam hingga 5.30 pagi pada 3 hingga 6 Ogos ini, melibatkan KM165.9 – KM167.9 arah utara. Manakala Fasa 2 melibatkan KM167.9 – KM165.9 arah selatan yang akan dilaksanakan pada 10 hingga 13 Ogos, juga antara jam 10 malam hingga 5.30 pagi.
“Pengguna lebuh raya disarankan supaya merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi semua papan tanda trafik dan arahan petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit,” kata PLUS.
Untuk pemandu yang menggunakan laluan berkenaan, sila pandu lebih berhati-hati ketika menghampiri laluan yang terlibat. Dan sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah.







