Hyundai Malaysia telah mengesahkan akan melancarkan MPV enam-tempat duduk terbaharunya, Stargazer di pasaran tempatan pada 22 September ini. Sebelum ini, Stargazer pernah dipertontonkan di KLIMS 2026 pada Jun lalu dan pada acara Hyundai Durian Runtuh di Stadium MBPJ, Kelana Jaya Ogos lalu.
Untuk pasaran tempatan, tiga varian akan ditawarkan, iaitu model yang paling asas, Style (tujuh-tempat duduk), Prime (tujuh-tempat duduk) dan varian spesifikasi tertinggi X (enam-tempat duduk) dengan harga anggaran masing-masing RM99k, RM109k dan RM121k.
Tempahan bagi Stargazer ini telah pun dibuka sejak Jun lalu, di mana bagi 800 pelanggan terawal yang membuat tempahan, pakej istimewa turut diberikan. Ini melibatkan jaminan lapan-tahun/160,000 km, lapan kali (bersamaan empat tahun) servis percuma, ganjaran All-Star bernilai RM1,000 untuk pemilik Hyundai sedia ada serta semua ini boleh dinikmati dengan yuran tempahan serendah RM88 sahaja.
Stargazer ini diberikan penjana kuasa Smartstream G 1.5L MPi empat-silider yang mampu menghamburkansehingga 115 PS pada 6,300 rpm dan 144 Nm pada 4,500 rpm. Iadigandingkan dengan kotak gear Intelligent Variable Transmission (IVT) oleh Hyundai sendiri, yang menyalurkan kuasa ke roda hadapan.
Dari segi saiz, Hyundai Stargazer mempunyai ukuran 4,460 mm panjang, 1,780 mm lebar, 1,695 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,780 mm — yang juga merupakan jarak roda paling panjang dalam kelasnya.
Untuk rekaan luarannya, Hyundai Stargazer dilengkapi dengan sistem lampu LED sepenuhnya, termasuk DRL dan lampu belakang. Ia juga diberikanrekaan gril depan yang luas dan monjol dengan rekaan kemasan berpetak, wajah depan dengan lampu bentuk H, serta untuk X, imej crossover yang lebih ranggi.
Bagi bahagian kabinnya pula, antara kelengkapan yang ada bagi Stargazer spesifikasi paling tinggi ialah kluster meter digital 10.25-inci, head unit dengan skrin 10.25-inci dengan sokongan Apple Carplay dan Android Auto, serta ciri brek parkir elektronik dengan Auto Hold. Selain itu, ia dilengkapi dengan rekaan konsol tengah terapung, kawalan penukaran gear shift-by-wire, ada juga paddle shifter dan juga meja di belakang penyandar kerusi depan.
Untuk tempat duduk, ada dua konfigurasi yang ditawarkan — tujuh-tempat duduk untuk varian Style dan Prime, manakala varian X datang dengan enam-tempat duduk (kerusi kapten di tengah). Bagi Style, ciri yang bakal diberikan termasuklah lampu LED, tempat duduk balutan fabrik, rim aloi 16-inci, kluster meter 4.2-inci, head unit multimedia lapan-inci dan dua beg udara.
Prime pula didatangkan dengan ciri tambahan termasuk tempat duduk balutan kulit buatan dan fabrik, paparan head unit 10.25-inci, kluster meter 10.25-inci, rim alon 17-inci, enam beg udara, serta ciri pintar Hyundai SmartSense (ADAS Tahap 2). Manakala varian tertinggi X pula menerima tambahan ciri tempat duduk balutan kulit buatan, rim aloi 17-inci hitam berkilat, kerusi kapten di barisan kedua, kawalan transmisi shift-by-wire serta penampilan lebih sporty merangkumi rekaan bampar, spoiler, gril dan lengkuk fender yang lebih garang.











Hyundai Stargazer
dari RM99,800
Hyundai Ioniq 5 N
dari RM443,888
Hyundai Ioniq 6 N
dari RM449,888
Hyundai Santa Fe
dari RM225,000
Hyundai Tucson
dari RM159,800
Hyundai Staria
dari RM179,888