Untuk semua peserta acara larian KL Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2026, penganjur utamanya, Dirigo telah pun membuat pengumuman penting selepas menimbang tara pelbagai aspek mengenai pelaksanaan acara ini, maklumlah Malaysia masih dilanda jerebu. Berita baiknya… semua kategori utama iaitu full marathon (FM – 42.195KM), half marathon (HM – 21KM), 10KM dan 5Km tetap dijalankan seperti yang direncanakan.

Walau bagaimana pun, kategori Kids Dash iaitu larian sejauh 3KM khas untuk kanak-kanak terpaksa dibatalkan “demi kebaikan kanak-kanak itu sendiri”. Bagi ibu bapa peserta kategori ini, anda boleh mengambil medal untuk anak-anak anda di kaunter informasi di Dataran Merdeka esok dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Jangan lupa bawak bib, okay!

Sehubungan dengan itu, tiga lebuhraya iaitu AKLEH, DUKE dan MRR2 serta beberapa jalan utama yang sebelum ini diumumkan akan ditutup dan dilencongkan pada 3 hingga 4 Okt ini juga kekal dilaksanakan. Senarai jalan yang terlibat adalah seperti di bawah.

KL Standard Chartered Marathon 2026 kekal berlangsung – semua kategori ONZ kecuali untuk kanak-kanak KL Standard Chartered Marathon 2026 kekal berlangsung – semua kategori ONZ kecuali untuk kanak-kanak

Disebabkan banyak jalan utama di sekitar pusat bandaraya KL akan ditutup, para peserta disaran agar menggunakan pengangkutan awam termasuk tren kendalian Rapid KL. Malah Rapid KL juga telah mengumumkan bahawa beberapa stesen terpilih bagi LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, Laluan Kelana Jaya, serta MRT Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya akan memulakan operasi lebih awal iaitu mulai 4 pagi pada Sabtu, (3 Okt) dan 1.45 pagi pada Ahad (4 Okt).

Bukan itu sahaja, peserta yang menggunakan perkhidmatan rel Rapid KL dalam tempoh yang ditetapkan oleh penganjur acara juga boleh menikmati perjalanan tanpa caj tambang sehingga jam 6 pagi.

Untuk peserta FM dan HM yang belum mengambil race kit, jangan lupa untuk berbuat demikian dan mengambilnya esok antara jam 10 pagi hingga 7 malam di di Hall 8, Tingkat 2, MITEC. Perkhidmatan bas perantara percuma juga disediakan di Sunway Putra Mall untuk ke MITEC, dengan kekerapan setiap 30 minit.