Volvo Car Malaysia (VCM) hari ini mengumumkan bahawa Volvo Car Kuching, iaitu fasiliti bertaraf 2S (servis selepas jualan dan alat ganti) yang terletak di Jalan Pending, Kuching Sarawak sudah pun beroperasi secara rasmi.
Fasiliti berkenaan diuruskan oleh anak syarikat Sebangga Group iaitu Sebangga Mitsinbo, syarikat sama yang mengendalikan pusat jualan Volvo di Kota Kinabalu, Sabah. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, VCM menyatakan bahawa pihak Sebangga Mitsinbo sudah pun merancang untuk menaik taraf fasiliti ini menjadi sebuah pusat jualan kenderaan rasmi.
“Hubungan dengan para pelanggan sangat penting bagi kami. Kami komited untuk memastikan rangkaian pusat servis kami sentiasa kukuh dan mudah diakses—dan tidak lama lagi, dilengkapi dengan pusat jualan sepenuhnya di seluruh Malaysia. Membawa masuk Sebangga Mitsinbo ke Kuching memastikan pemilik kenderaan kami di Sarawak mendapat penjagaan terbaik tanpa kompromi, lantas menjadikan pusat ini sebagai salah satu tonggak utama dalam rangkaian nasional kami,” kata pengarah urusan Volvo Cars Malaysia & Thailand, Chris Wailes.
“Kami amat berbangga dapat memperkukuhkan lagi kerjasama bersama Volvo Car Malaysia dan akhirnya melebarkan sayap Sebangga ke Sarawak. Kehadiran kami di sini membolehkan kami untuk terus menyantuni komuniti pemilik Volvo tempatan. Kami kini memberikan tumpuan penuh untuk menawarkan servis bertaraf tinggi, namun dalam masa yang sama, kami sangat teruja untuk mengubah ruang ini menjadi destinasi jualan yang lengkap pada masa hadapan,” tambah pengerusi Sebangga Group, Dato’ Arif Ambrose Ng pula.









Volvo ES90
dari RM339,888
Volvo XC60
dari RM328,888
Volvo XC90
dari RM418,888
Volvo EX90
dari RM428,888
Volvo EX30
dari RM198,888
Volvo EC40
dari RM248,888
Volvo XC40
dari RM268,888