Ikuti kami:
Carian lanjutan
           
Jual kereta andaBayaran dalam 24 jam Jual sekarang Jadikan paultan.org sumber pilihan anda di Google Tambah
 

Jual kereta anda pada harga lebih tinggi, dibayar dalam 24 jam

Kandungan terkini

  • Pertikaian pengambilan pekerja tempatan – kilang BYD Jawa Barat mungkin akan diperiksa kerajaan Indonesia

    Pertikaian pengambilan pekerja tempatan – kilang BYD Jawa Barat mungkin akan diperiksa kerajaan Indonesia

    Kerajaan Indonesia mungkin menjalankan pemeriksaan lapangan ke atas kilang pemasangan BYD di Subang, Jawa Barat, susulan pertikaian berkenaan tuntutan untuk peluang pekerjaan yang lebih besar untuk penduduk tempatan, lapor Jakarta Globe.

    Menurut menteri industri Indonesia, Muhammad Sarmuji, penyelesaikan isu ini memerlukan skop penyelarasan yang melangkaui kementeriannya, dan kerajaan Indonesia boleh melawat kilang BYD untuk membantu menyelaraskan kepentingan pengeluar kereta berkenaan dengan kepentingan masyarakat sekitar.

    “Sudah tentu, menyelesaikan isu ini bukan sahaja tanggungjawab kementerian industri. Kami akan menelitinya, dan jika perlu, kami akan melawat kilang tersebut bersama agensi kerajaan lain,” kata Sarmuji.

    Sarmuji menyatakan bahawa pertikaian ini timbul apabila penduduk tempatan percaya bahawa peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh kilang berkenaan tidak mencukupi, sementara BYD pula mungkin percaya bahawa ia telah memenuhi kewajipan pengambilan pekerja tempatan.

    Kilang BYD di Subang, Jawa Barat telah dibuka secara rasmi pada 3 September tahun ini, dan mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 150,000 kenderaan, dengan dioperasikan lebih daripada 5,000 pekerja, menurut laporan itu.

    Pertikaian pengambilan pekerja tempatan – kilang BYD Jawa Barat mungkin akan diperiksa kerajaan Indonesia

    Rabu minggu lalu, akhbar Kompas melaporkan bahawa ratusan masyarakat setempat telah membuat demonstrasi di kilang tersebut kerana mendakwa bahawa tidak sampai 20 peratus pekerja tempatan diambil bekerja di situ, dan mendesak agar pengambilan pekerja tempatan sekurang-kurangnya sebanyak 70%.

    Sementara itu di Malaysia, BYD Malaysia bulan lalu telah mengumumkan bahawa ia telah melantik Inokom Corporation Sime Motors sebagai rakan kongsi pemasangan tempatan (CKD) di sini. Ia diumumkan sebulan selepas BYD Malaysia mengesahkan bahawa rancangannya untuk membina kilang pemasangan sendiri di Tanjong Malim seperti yang dinyatakan pada Ogos 2025 telah pun dibatalkan.

    Di Malaysia, kilang Inokom di Kulim, Kedah dikendalikan oleh 100% tenaga kerja Malaysia yang terdiri daripada lebih 2,700 pekerja sehingga Jun tahun ini. Selain pemasangan kenderaan, 370 vendor tempatan turut membekalkan komponen kepada Inokom, bagi menyokong ekosistem automotif Malaysia.

    Buat masa sekarang, Inokom menghasilkan kenderaan untuk tujuh jenama automotif termasuk BMW, MINI, Porsche, Mazda, Hyundai, Chery dan Kia, yang bukan sahaja untuk pasaran tempatan, malah turut di eksport keluar negara. Inokom kini dimiliki majoriti oleh Sime Motors (51%), dengan pemegang saham utama lain ialah Sime Darby Hyundai (5%), Hyundai Motor Company dari Korea Selatan (15%) dan Bermaz Auto (29%).

     
  • Geely Emgrand facelift 2027 dilancar di China — Proton S70 MC2 FL, masih NA sahaja, tiada ADAS, dari RM42k

    Geely Emgrand facelift 2027 dilancar di China — Proton S70 MC2 FL, masih NA sahaja, tiada ADAS, dari RM42k

    Selepas mula didedahkan pada bulan lalu, Geely Emgrand versi facelift terkini telah dilancarkan secara rasmi di China. Di Malaysia, versi ini nanti dijangka tiba sebagai Proton S70 MC2 facelift nanti. Ini merupakan model generasi keempat yang telah diberikan kemas kini, dan bukannya Emgrand generasi kelima terkini — ia dijual serentak sebagai pilihan yang lebih mampu milik.

    Sedikit mengelirukan? Berbeza dengan versi enjin turbo yang bakal dipasang pada sedan nasional yang dikemas kini itu, model di China ini masih mengekalkan enjin aspirasi natural (tanpa pengecas turbo). Enjin 1.5 liter empat-silinder BHE15-CFN dengan output 120 PS/150 Nm telah diperkenalkan dalam barisan model Proton S70 bulan September lalu; namun, model tersebut dijangka akan terus mengekalkan reka bentuk sedia ada, walaupun secara teknikalnya ia merupakan sebahagian daripada keluarga MC2 facelift.

    Berbalik kepada Emgrand, varian asasnya didatangkan dengan transmisi manual lima-kelajuan, manakala versi-versi lain dilengkapi dengan transmisi CVT yang menawarkan lapan nisbah gear simulasi. Menariknya, perubahan pada reka bentuk luaran menyebabkan kereta ini menjadi sedikit lebih pendek, dengan ukuran panjang 4,625 mm, berbanding 4,638 mm pada model sebelumnya.

    Geely Emgrand facelift 2027 dilancar di China — Proton S70 MC2 FL, masih NA sahaja, tiada ADAS, dari RM42k

    Rekaan bampar hadapan versi kemaskini ini menampilkan gril lapan penjuru yang baru, serta sisipan bawah berbentuk tulang yang merentasi lebar penuh, yang mengelilingi corong bukaan udara tengah yang menghala ke bawah. Rekaan tersebut juga selari dengan apa yang dilihat dalam spyshot model kemas kini S70 MC2 sebelum ini; namun, gril gaya waterfall grille hampir pasti akan digantikan dengan elemen berbentuk berlian yang diilhamkan daripada corak songket, seperti yang terdapat pada model semasa.

    Di bahagian belakang, terdapat bampar baru dengan lekukan pepenjuru yang mengapit panel bawah berwarna hitam; panel ini menempatkan pemantul cahaya, jalur krom, dan sirip ala diffuser. Sekali lagi, tiada tanda-tanda kehadiran lampu belakang dengan rekaan baru seperti yang dilihat dalam spyshot S70 MC2, mahupun empat muncung ekzos ala X50 — ciri yang nampaknya dikhaskan untuk varian RS yang lebih sporty dan berada pada kedudukan tertinggi dalam barisan model tersebut.

    Di bahagian dalam, Emgrand menerima papan pemuka baru yang menampilkan paparan instrumen 8.8-inci yang lebih nipis (sebelum ini 12.3-inci) serta skrin sentuh infotainmen 12.8-inci yang jauh lebih besar (sebelum ini 10.25-inci), yang dikuasakan oleh sistem operasi terkini, Flyme Auto 2.

    Geely Emgrand facelift 2027 dilancar di China — Proton S70 MC2 FL, masih NA sahaja, tiada ADAS, dari RM42k

    Perubahan tersebut menghasilkan reka bentuk semula corong udara tengah yang dialihkan ke bahagian lebih bawah, bersama-sama dengan kawalan penyaman udara. Terdapat juga corak jahitan baru di panel pintu serta pilihan warna coklat muda. Sama ada S70 MC2 facelift nanti akan menerima reka bentuk dalaman ini, atau reka bentuk kabin serba baru hasil rekaan dalaman Proton sendiri — seperti yang dilihat untuk model X50 yang turut dikemas kini — masih belum dapat dipastikan.

    Satu aspek yang mana S70 jelas mengatasi Emgrand adalah dari segi kelengkapan keselamatan. Walaupun Proton mungkin dikritik kerana menghadkan ciri bantuan pemandu — seperti brek kecemasan autonomi dan fungsi pemanduan separa autonomi Tahap 2 — hanya kepada varian tertinggi iaitu Flagship dan Flagship X, ciri-ciri ini langsung tidak ditawarkan untuk model Geely tersebut. Lebih teruk lagi, model asas Emgrand hanya dilengkapi dengan dua beg udara; anda perlu membayar tambahan untuk mendapatkan enam-beg udara yang menjadi ciri standard pada setiap unit S70.

    Mujurlah Emgrand dijual pada harga yang murah di China, bermula daripada hanya 68,900 yuan (RM42,100) hingga 82,900 yuan (RM50,600) bagi varian tertinggi. Harga tersebut tidaklah jauh berbeza dengan S70 versi aspirasi natural (NA), yang dijual pada harga RM56,800 untuk varian Lite dan RM59,800 untuk varian Prime. Bagaimanapun, anda pasti perlu membayar harga yang jauh lebih tinggi jika mahukan penampilan baharu yang dikhususkan untuk varian turbo sahaja.

     
  • Jambatan Batang Lupar No. 2 kini dibuka di Sarawak, singkatkan perjalanan jadi 25 minit dari Sri Aman-Betong

    Jambatan Batang Lupar No. 2 kini dibuka di Sarawak, singkatkan perjalanan jadi 25 minit dari Sri Aman-Betong

    Jambatan Batang Lupar No. 2 dan Jalan Lidong di Sarawak kini telah dibuka kepada lalu lintas, yang memendekkan jarak perjalanan antara Sri Aman dan Betong daripada kira-kira 73 km kepada hanya 28 km. Perubahan tersebut amat ketara, dengan masa perjalanan kini hanya mengambil masa 25 minit, berbanding satu jam sebelum ini.

    Jambatan Batang Lupar No. 2 dengan panjang 870 meter merupakan sebahagian daripada Pakej B3 bagi projek Jalan Utama Kedua Sarawak (Sarawak Second Trunk Road – STR). Mercu tanda baru bagi Sri Aman ini menampilkan menara kabel penahan setinggi 145.5 meter, yang merupakan menara seumpamanya yang tertinggi di Malaysia.

    Menurut JKR Sarawak, jambatan tersebut dibina mengikut piawaian JKR R5, dengan reka bentuk yang membolehkan pembinaan jalan raya dua lorong bagi setiap arah. Ia juga mempunyai ruang laluan navigasi dengan lebar 200 meter dan ketinggian 23 meter.

    Jambatan Batang Lupar No. 2 kini dibuka di Sarawak, singkatkan perjalanan jadi 25 minit dari Sri Aman-Betong

    Pembukaan Jalan Lidong pula telah melengkapkan rangkaian jalan raya dari Jambatan Batang Lupar No. 2 ke persimpangan Betong di Lebuhraya Pan Borneo. Menurut laporan The Borneo Post, projek sepanjang 27.84 km itu melibatkan pembinaan jalan berturap dua lorong dan penaiktarafan jalan sedia ada daripada piawaian JKR R3 kepada JKR R5, serta pembinaan dua buah jambatan.

    Projek tersebut turut merangkumi kira-kira 2,355 meter jalan akses jambatan, sistem perparitan di tepi jalan, kelengkapan jalan dan penghadang keselamatan.

    Menurut JKR, jambatan baru ini akan menyediakan keadaan jalan yang lebih baik dan keselesaan yang lebih tinggi kepada pengguna jalan raya, di samping meningkatkan akses bagi komuniti di sepanjang Jalan Lidong, termasuk penduduk rumah panjang dan kampung. Laluan yang lebih singkat itu dijangka dapat melancarkan pergerakan penduduk dan barangan, mengurangkan kos logistik bagi perniagaan, serta merangsang aktiviti ekonomi di kawasan sekitarnya.

    Jambatan terbaru ini menjadi pelengkap kepada Jambatan Lupar yang pertama, yang telah mula dibuka pada Mei lalu, yang melibatkan struktur sepanjang 4,844 meter merentasi sungai terpanjang di Malaysia, menghubungkan Sebuyau (Samarahan) dengan Triso (Betong).

     
  • GWM Wey G9 HEV CKD, Ora 5 HEV CKD sudah mula dipasang dan siap keluar dari kilang EPMB Melaka

    GWM Wey G9 HEV CKD, Ora 5 HEV CKD sudah mula dipasang dan siap keluar dari kilang EPMB Melaka

    EP Manufacturing (EPMB) hari ini mengumumkan bahawa dua lagi model dari GWM iaitu Wey G9 HEV dan Ora 5 HEV kini sudahpun mula dipasang di kilangnya yang terletak di Pegoh, Melaka menerusi satu majlis rasmi di mana unit-unit CKD awalan kedua-dua model berkenaan yang telah siap keluar dari barisan pemasangan fasiliti tersebut pagi tadi.

    Wey G9 HEV telahpun dilancarkan ke pasaran tempatan pada bulan lalu, manakala Ora 5 HEV pula bakal dilancarkan pada bulan ini. Dengan penambahan dua lagi model baharu ini, kilang EP Manufacturing tersebut kini memasang lapan model berbeza termasuk GWM Haval H6, GWM Wey G9 PHEV, MG ZS, MG S5, Xpeng G6 dan Xpeng X9.

    Menurut EPMB dalam kenyataan yang dikeluarkan, kedua-dua model berkenaan bukan hanya dipasang di sini, malah ada beberapa komponen kini dibuat dan dibekalkan oleh vendor di Malaysia. Komponen seperti pemasangan modul kerangka hadapan, pemasangan gandar belakang, panel instrumen dan abah-abah pendawaian untuk kedua-dua model dihasilkan oleh vendor di Malaysia, manakala Ora 5 HEV menerima tambahan komponen seperti tempat duduk, konsol tengah modul penyejuk dan kemasan dalaman pintu turut dibekalkan oleh vendor di sini.

    Dalam perkembangan berkaitan, EPMB menyatakan bahawa lebih 10,000 kenderaan jenama GWM telah dipasang secara tempatan di Malaysia sejak Oktober 2024, dan lebih 1,100 unit Wey G9 telah diekport ke Thailand dan Indonesia.

    “Pengembangan portfolio GWM kami mencerminkan keyakinan rakan kongsi kami terhadap keupayaan kami dan visi bersama kami untuk pertumbuhan dan pembangunan industri automotif Malaysia. Kami berbangga memainkan peranan penting dalam strategi pertumbuhan GWM di Malaysia dan ASEAN,” kata pengarah eksekutif EPMB, Aidan Hamidon.

    GWM Wey G9 Hi4 HEV dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM249,800, atau RM20,000 lebih murah berbanding varian PHEV yang dilancarkan di pasaran tempatan pada Januari tahun ini. MPV mewah tujuh-tempat duduk tersebut digerakkan oleh unit rangkaian kuasa Hybrid Intelligent 4WD (Hi4) menggandingkan enjin petrol 2.0 liter empat-silinder sebaris dengan pengecas turbo, transmisi hibrid khusus (DHT) empat-kelajuan motor elektrik bersepadu di gandar hadapan, dan juga motor elektrik di gandar belakang yang memberikan kuasa keseluruhan 358 PS dan tork 782 Nm. Ini membolehkan Wey G9 HEV memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat.

    Ia menerima bekalan kuasa elektrik menerusi bateri hibrid berkapasiti 1.67 kWj. Ia mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 6.5 liter bagi setiap 100 km dan jarak gerak gabungan sejauh 845 km (kedua-dua angka ini berdasarkan kitaran NEDC; atau kira-kira 718 km mengikut kitaran ujian WLTP).

    Manakala bagi Ora 5 HEV pula, walaupun masih belum dilancarkan ia sudahpun dipamerkan di khalayak ramai beberapa kali sebelum ini, termasuk di paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2026 hujung minggu lalu. Ia menerima sistem hibrid Hi2 yang menggandingkan enjin 1.5 liter turbo berkuasa 150 PS/240 N, motor elektrik berkuasa 190 PS/236 Nm dan transmisi DHT dua-kelajuan. Secara keseluruhan, model ini dibekalkan dengan kuasa 223 PS/476 Nm. Ora 5 HEV ini dijangka akan dijual pada harga RM115k.

     
  • Rapid Penang terima kumpulan pertama 15 bas EV; keseluruhan 75 unit digunakan menjelang Mac 2027

    Rapid Penang terima kumpulan pertama 15 bas EV; keseluruhan 75 unit digunakan menjelang Mac 2027

    Pulau Pinang telah menerima kumpulan pertama bas elektrik (EV) yang akan digunakan dalam rangkaian pengangkutan awam di negeri terbabit, laporan The Star.

    Untuk kumpulan pertama itu, sebanyak 15 unit bas EV telah diterima, dengan 14 daripadanya berukuran 8.25 meter panjang, dam satu lagi berukuran 12 meter panjang.

    “Saiznya yang kompak membolehkan bas-bas ini melalui jalan yang lebih sempit dan kawasan yang lebih sibuk dengan mudah, sekali gus meningkatkan kesalinghubungan bagi pengguna pengangkutan awam,” kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pada majlis pelancaran rasmi di depoh Rapid Penang di sepanjang Weld Quay.

    Sebanyak 75 buah bas elektrik akan mula beroperasi di seluruh kawasan pulau dan tanah besar Pulau Pinang menjelang Mac tahun depan, kata Menteri Pengangkutan itu lagi.

    Rapid Penang terima kumpulan pertama 15 bas EV; keseluruhan 75 unit digunakan menjelang Mac 2027

    Perolehan 75 buah bas elektrik untuk negeri itu merupakan sebahagian daripada perolehan fasa pertama yang lebih besar, keseluruhannya melibatkan 250 buah bas elektrik, dengan 175 buah daripadanya diperuntukkan untuk Rapid KL. Dalam jangka panjang, Rapid Bus akan memperoleh sebanyak 1,600 buah bas elektrik secara berperingkat menjelang 2031 bagi menggantikan sebahagian bas berenjin diesel dalam perkhidmatan Rapid KL dan Rapid Penang.

    Infrastruktur pengecasan khusus di depoh sedang dipasang di seluruh kawasan operasi bagi memastikan kelancaran perkhidmatan harian serta penyelenggaraan yang cekap, kata Menteri Pengangkutan itu.

    Sehingga 13 Oktober, Rapid Bus telah menerima 52 buah bas elektrik di bawah fasa pertama, iaitu 37 buah di Kuala Lumpur dan 15 buah di Pulau Pinang.

     
  • Penutupan laluan pusingan-U di Persimpangan Permatang Pauh dilanjutkan hingga 6 Mac 2027 – PLUS

    Penutupan laluan pusingan-U di Persimpangan Permatang Pauh dilanjutkan hingga 6 Mac 2027 – PLUS

    PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa laluan pusingan-U di Persimpangan Permatang Pauh arah utara menuju ke Jalan Tun Hussein Onn akan dilanjutkan penutupannya hingga 6 Mac ini.

    Pada awal Ogos lalu, PLUS mengumumkan penutupan laluan berkenaan dilaksana mulai 7 Ogos hingga 5 Nov 2026. Namun, kini penutupan laluan berkenaan dilanjutkan lagi membolehkan kerja-kerja pembinaan diteruskan di bawah Projek Penyuraian Trafik di Antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD).

    Sepanjang penutupan tersebut, pengguna laluan berkenaan diminta menggunakan jalan alternatif iaitu persimpangan lampu isyarat yang terletak kira-kira 15 meter di hadapan pusingan-U yang ditutup untuk menuju ke Jalan Tun Hussein Onn.

    Dalam masa yang sama, pengguna laluan berkenana juga dinasihati agar mematuhi isyarat papan tanda trafik, dan merancang perjalanan lebih awal. Sila tingkatkan pemanduan berhemah demi keselamatan anda dan pengguna jalan raya yang lain.

     
  • KPDN Perak terima 25 aduan pada Okt lalu berhubung petrol RON95 bercampur air dalam tangki bahan api

    KPDN Perak terima 25 aduan pada Okt lalu berhubung petrol RON95 bercampur air dalam tangki bahan api

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menerima 25 aduan pada bulan Oktober lalu berhubung dakwaan pencemaran petrol RON95 yang dipercayai berpunca daripada adanya air di dalam tangki penyimpanan bahan api. Aduan tersebut diterima dari lima daerah di negeri itu, iaitu Kinta, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar dan Manjung.

    Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata pihaknya telah menjalankan pemeriksaan dan pemantauan susulan aduan berkenaan serta mengambil sampel bahan api untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia Malaysia.

    “Setakat ini, kami masih belum menerima keputusan daripada Jabatan Kimia Malaysia. Kami akan menunggu hasil analisis tersebut sebelum memutuskan tindakan lanjut,” katanya di Ipoh semalam, menurut laporan Bernama.

    Kamalludin menambah bahawa semua aduan yang diterima setakat ini hanya melibatkan petrol RON95, manakala tiada aduan berkaitan diesel atau RON97.

    Beliau menasihatkan pengguna yang terjejas supaya menyimpan dokumen dan bukti berkaitan bagi menyokong tuntutan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau mahkamah sivil.

    Bulan lalu, beberapa pengguna kenderaan di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor mendakwa bahawa petrol yang tercemar dengan air telah menyebabkan kerosakan pada kenderaan mereka. Sebahagian kes tersebut tular di media sosial, sekali gus mendorong KPDN mengambil sampel bahan api untuk tujuan siasatan.

     
  • ACE 2026: Semua jenama, promosi dan pandu uji yang tersedia di Setia City Convention Centre dua hari ini

    ACE 2026: Semua jenama, promosi dan pandu uji yang tersedia di Setia City Convention Centre dua hari ini

    default

    Acara paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2026, dikuasakan oleh Petronas Primax, telahpun membuka pintunya kepada umum bermula hari ini, Sabtu, 31 Oktober hingga Ahad, 1 November, di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam.

    Sepanjang dua hari berlangsung, masuk adalah percuma untuk semua pengunjung. Acara ini menampilkan 21 jenama pengeluar kenderaan di Malaysia, yang hadir dengan tawaran istimewa untuk kereta, EV dan motosikal. Lebih menarik, pembeli yang membuat tempahan di ACE turut menerima ganjaran tambahan daripada penganjur.

    Berikut adalah rangkuman keseluruhan ACE 2026 yang sedang berlangsung, mengikut setiap jenama pengeluar kenderaan yang ikut serta dengan pelbagai tawaran khusus, serta lain-lain pempamer yang tersedia sepanjang acara.

    BMW, MINI, BMW Motorrad

    Rebat istimewa ditawarkan untuk 530i M Sport, i5 eDrive40 M Sport Pro dan 218 Gran Coupe Sport, serta unit demo iX xDrive45 Sport. X4 xDrive30i M Sport Pro, yang kini berada dalam kelompok terakhir pengeluarannya, serta 520i M Sport ditawarkan dengan sama ada rebat istimewa atau kadar faedah BMW Financial dari serendah 1.78%.

    Terdapat juga rebat yang hanya ditawarkan jika anda membuat tempahan di pameran, serta pandu uji. iX3 50 xDrive M Sport Pro, model Neue Klasse pertama di Malaysia, turut dipamerkan. Wakil jualan di ruang pameran BMW akan dengan senang hati menerangkan penjimatan yang boleh anda nikmati.

    Untuk MINI pula, rebat istimewa eksklusif ACE ditawarkan untuk JCW Countryman, Countryman S, Aceman dan Convertible, serta MINI Paul Smith Edition, yang hanya tinggal satu unit dalam warna Inspired White. Tanya pasukan di reruai MINI berapa banyak yang anda boleh jimat.

    Bagi BMW Motorrad, R 1300 GS baharu dengan Automated Shift Assistant (ASA), F 450 GS dengan Easy Ride Clutch (ERC) dan R 1300 RT ada dipamerkan, sementara F 450 GS, R 1300 GS dan C 400 GT tersedia untuk tunggang uji.

    R 1300 GS dengan Adaptive Height Control (AHC) keluaran 2026 pula ditawarkan dengan pembiayaan pada kadar rata 2.99% setahun, dan semua model BMW Motorrad keluaran 2026 yang lain pada 3.30%, kedua-duanya apabila dibeli bersama Service Inclusive lima-tahun atau 50,000 km dan lanjutan waranti dua-tahun. Kadar ini terpakai untuk pinjaman RM30,000 ke atas bagi tempoh tiga hingga tujuh-tahun, sehingga 31 Disember 2026.

    Chery

    Tiggo 9 ditawarkan dengan rebat RM18,000, menjadikan harganya RM179,800, dan disokong waranti kenderaan tujuh-tahun/150,000 km, waranti enjin 10-tahun/1,000,000 km dan upah servis percuma lima tahun. Tiggo 8 PHEV berharga RM159,800 pula disertakan dengan waranti bateri lanjutan 10-tahun.

    Tiggo 7 Pro ditawarkan dengan rebat RM15,000 daripada harga biasa RM123,800, sementara Tiggo 7 CSH pula berharga RM129,800 dengan rebat RM8,400. Tiggo Cross CSH berharga RM99,800 dan Tiggo Cross Sport Edition berharga RM91,800 dengan masing-masing diberikan rebat RM8,000, sementara Sport Edition kini berharga promosi RM83,800, manakala Tiggo Cross 1.5L Turbo berharga RM88,800. Semua model dilindungi waranti kenderaan tujuh-tahun/150,000 km, dan versi elektrik turut menerima waranti bateri lanjutan 10-tahun.

    Dongfeng

    Sedan EV Dongfeng 007 ditawarkan dengan diskaun segera RM8,888, menjadikan harga varian Premium RWD RM161,000 dan Prime AWD RM187,000. Kedua-duanya hadir dengan waranti kenderaan enam-tahun dan waranti bateri serta motor pacuan lapan-tahun, semuanya tanpa had perbatuan. Diskaun RM8,888 yang sama turut ditawarkan untuk SUV elektrik Dongfeng Vigo.

    EON

    EON pula hadir dengan mewakili beberapa jenama sekali gus sepanjang ACE 2026.

    Audi: Audi Q7 S line keluaran tahun ini, berharga dari RM369,990 termasuk Audi Assurance Package, ditawarkan dengan rebat sehingga RM90,000. Pembeli akan menerima perlindungan waranti 5+2 tahun, dengan dua-tahun tambahan merupakan waranti lanjutan oleh Tras. Unit pandu uji Q7 juga disediakan.

    Proton: EON menawarkan rebat sehingga RM13,000 bagi model Proton terpilih, dan Saga MC3 baharu mendapat rebat RM1,300. Anda akan menerima barangan eksklusif EON dengan bayaran tempahan minimum RM100, dan pembelian pakej waranti lanjutan memberikan diskaun 10% bagi setiap temu janji servis yang layak. S70 MC1 tersedia untuk pandu uji sepanjang pameran.

    Proton eMas: eMas 7 pemasangan tempatan ditawarkan dengan sokongan trade-in sehingga RM10,000, rebat tambahan RM7,000, rebat RM4,000 untuk pembeli korporat, wallbox 7 kW percuma bernilai RM1,500 dan penyesuai V2L percuma bernilai RM500. Pandu uji turut disediakan.

    eMas 5 pula ditawarkan dengan rebat tambahan sehingga RM3,000, rebat korporat RM2,000 untuk Prime dan RM3,000 untuk Premium, serta wallbox dan penyesuai V2L yang sama. Kedua-duanya disertakan waranti kenderaan enam-tahun tanpa had perbatuan dan waranti bateri voltan tinggi serta komponen lapan-tahun/160,000 km.

    smart: Promosi akhir tahun untuk smart #5 Brabus didedahkan di acara ini. SUV elektrik 646 PS/710 Nm tersebut disertakan waranti kenderaan empat-tahun, empat servis percuma dan waranti bateri lapan-tahun/200,000 km, serta cenderahati percuma dan pandu uji sepanjang hujung minggu.

    Volkswagen: EON menawarkan rebat sehingga RM72,000 untuk semua model Volkswagen. Pemilik Volkswagen sedia ada pula layak menerima sokongan trade-in RM10,000 jika membeli Tayron Elegance atau Tayron R-Line, dan unit pandu uji Tayron akan disediakan di pameran. Setiap Volkswagen disertakan perlindungan waranti 5+2 tahun, dengan waranti lanjutan tambahan oleh Tras.

    GWM

    Beli Haval H6 HEV dan anda layak menerima ganjaran eksklusif Deepavali bernilai RM17,000, kadar faedah dari serendah 0.97% serta tag RFID Touch ‘n Go percuma, serta penyelenggaraan percuma lima-tahun termasuk upah dan alat ganti, serta waranti enjin serta bateri hibrid 10-tahun.

    SUV off-road Tank 300 dipamerkan dalam versi ICE dan HEV, dengan waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi, penyelenggaraan percuma lima-tahun termasuk upah dan alat ganti, serta tag RFID TnG percuma. Anda juga boleh memandu uji Wey G9 HEV, MPV tujuh tempat duduk (RM249,800), dan melihat Ora 5 HEV lebih awal sebelum pelancarannya pada November.

    Hyundai

    Hyundai oleh Karrus Automotive Group menawarkan penjimatan segera sehingga RM57,000 bagi rangkaian Hyundai, termasuk MPV Staria dengan tujuh atau 10-tempat duduk.

    MPV Stargazer berharga dari RM99,800, dengan pakej early bird bernilai sehingga RM4,600. Ia juga disertakan dengan Resale Value Protection Hyundai, yang menjamin 70% daripada RRP pada tahun ketiga (sehingga 60,000 km), 60% pada tahun keempat (80,000 km) dan 50% pada tahun kelima (100,000 km), dengan syarat nilai trade-in tersebut digunakan untuk membeli Hyundai baharu.

    iCaur

    V23 iWD pemasangan tempatan kekal pada harga bebas cukai RM132,780, dan kit penggayaan V23 Retro Edition, dengan hiasan krom dan balutan panel jingga atau hijau, akan dipamerkan. iCaur 03 pula berharga RM119,740 untuk RWD dan RM129,880 untuk iWD.

    V23 dan 03 tersedia untuk pandu uji, dan reruai iCaur turut mengadakan aktiviti dengan hadiah menarik. Montanic Adventure Store juga akan hadir dengan peralatan dan aksesori berkhemah pada diskaun 15% untuk tempoh terhad.

    Jetour

    Setiap Jetour yang ditempah di ACE disertakan dengan baucar beli-belah RM300 dan peluang memenangi barangan Jetour Life bernilai RM2,000, dengan syarat kenderaan didaftarkan tahun ini. T2 mendapat diskaun RM2,000 menjadikan harganya RM156,800, manakala T1 mendapat diskaun RM2,000 untuk kedua-dua varian 1.5 2WD (RM127,800) dan 2.0 XWD (RM144,800).

    Dashing Prime ditawarkan dengan diskaun RM10,000 pada harga RM106,800, dan VT9 Prime datang dengan rebat RM15,000 pada harga RM108,800.

    T2 i-DM plug-in hybrid, dari RM162,000 pula ditawarkan dengan pilihan pakej early bird bernilai RM3,000 untuk 2,000 pendaftaran pertama, seperti kabel penyesuai V2L percuma serta pengecas AC dengan pemasangan di rumah secara percuma. Pembeli turut menerima manfaat insurans, termasuk perlindungan RM5,000 untuk pengecas wallbox, perlindungan liabiliti peribadi pemandu baharu sehingga RM5,000 dan perlindungan bencana khas. Tempahan T2 i-DM yang dibuat sebelum 31 Disember juga berpeluang memenangi barangan bernilai RM2,000 tersebut.

    Leapmotor

    Leapmotor Cycle & Carriage menawarkan rebat tambahan RM5,000 untuk B10 dan C10, hanya di ACE.

    B10 berharga RM118,800 dan disertakan Pakej EZ 5 percuma bernilai RM11,188. Ia termasuk sokongan insurans RM4,000, yang menurunkan harga permulaan kepada RM114,800, serta pengecas wallbox 22 kW bernilai RM3,888, kredit pengecasan chargEV sekurang-kurangnya RM1,200, pakej filem cermin gelap Premium Guard Elite Tint bernilai RM1,600 dan kunci eksklusif Leapmotor bernilai RM500.

    C10 pemasangan tempatan berharga RM129,000, dan anda boleh mendapatkannya RM4,000 lebih murah di ACE. Reruai Leapmotor juga akan mempamerkan B03X, yang membuat penampilan pertamanya di Malaysia sebagai pratonton untuk meninjau minat pasaran, dalam warna Seaweed Green.

    Lotus

    ACE 2026 berlangsung sempena Bulan Ulang Tahun ke-30 Lotus. Beli Lotus di acara ini dan anda akan menerima sepasang pembesar suara KEF LS LUXE bernilai RM19,899 percuma, dengan kerjasama HoeHuat Electric. Model Lotus pra-milik terpilih, termasuk Emeya, Eletre dan Emira, bermula dari RM399,000.

    Mazda

    Mazda CX-5 generasi ketiga serba baharu, dengan enjin Skyactiv-G 2.5 liter 185 hp/257 Nm, skrin sentuh 12.9-inci dan sistem audio Bose 12-pembesar suara, akan dipamerkan. Begitu juga SUV flagship CX-60 3.3L MHEV, dengan enjin turbo enam silinder sebaris 280 hp (284 PS) dan 450 Nm serta penarafan lima bintang Euro NCAP.

    Mitsubishi

    Xforce ditawarkan dengan pakej “777”, yang menggabungkan waranti tujuh-tahun tanpa had perbatuan dengan upah servis berjadual percuma selama tujuh-tahun dan alat ganti percuma selama tujuh-tahun. Pemilik Mitsubishi sedia ada pula menerima rebat RM3,000.

    Xpander ditawarkan dengan pakej “888”, dengan waranti lapan-tahun tanpa had perbatuan serta upah dan alat ganti terpilih percuma untuk lapan servis berjadual, bersama rebat akhir tahun RM3,000 dan baucar eksklusif ACE.

    Triton ditawarkan dengan tawaran bernilai sehingga RM25,000. Triton AT Premium disertakan diesel percuma selama tujuh-tahun, penyelenggaraan percuma lima-tahun dan waranti lima-tahun tanpa had perbatuan. Triton Athlete menerima diesel percuma selama lapan-tahun bernilai RM20,000, waranti lima-tahun dan sokongan trade-in sehingga RM10,000, manakala Triton AT GL disertakan sokongan diesel sehingga RM12,000 untuk tempoh terhad.

    Di reruai Mitsubishi, anda akan menemui Xforce Roving Cloud, Triton yang memenangi Asia Cross Country Rally (AXCR) 2026 bersama reruai AXCR, dan Xpander dengan susunan perkhemahan. Terdapat Xforce Load Up Challenge, di mana anda perlu memuatkan seberapa banyak barang ke dalam but 410 liter dalam masa seminit, Xforce Test Drive Challenge dan peraduan media sosial. Setiap pandu uji akan mendapat tumbler eksklusif, dan setiap tempahan mendapat payung eksklusif.

    Omoda Jaecoo

    Jaecoo J5, berharga RM108,000, ditawarkan dengan rebat RM9,000 dan waranti kenderaan tujuh-tahun/150,000 km. Tempah Jaecoo J7 PHEV di ACE dan anda akan menerima rebat RM10,500, menjadikan harganya RM148,300, bersama penyelenggaraan percuma lima-tahun/50,000 km. C7 yang bakal tiba ke pasaran Malaysia juga ada dipamerkan, dan pelanggan sudah boleh membuat tempahan.

    Perodua

    Rebat ditawarkan untuk kebanyakan model. QV-E mendapat RM10,000, Ativa sehingga RM9,500, Aruz RM4,000, Bezza RM2,500, Myvi RM1,500 dan Axia RM1,000.

    Dengan rebat tersebut, QV-E berharga RM53,499 di bawah pakej battery-as-a-service (BaaS) Perodua, yang menambah bayaran langganan bateri RM215 sebulan, atau RM77,499 jika anda membeli kereta sepenuhnya. Axia 1.0L G kini berharga dari RM33,900 selepas penurunan harga RM4,700. Traz turut dipamerkan, dengan enjin 1.5 liter dan D-CVT yang dinilai pada 21.3 km/l, but 471 liter dan penarafan lima bintang ASEAN NCAP. Turut dipertama kali diperkenalkan ialah Perodua Ativa dengan warna Coral Blue.

    Zeekr

    Zeekr 7X, berharga RM193,800 untuk varian RWD Long Range dan RM230,800 untuk varian AWD Performance, disertakan dengan pengecas wallbox AC percuma dan pakej penyelenggaraan serta servis percuma dua tahun/40,000 km.

    Tempah Zeekr 009 di ACE dan anda akan menerima wallbox percuma, sokongan insurans sehingga RM6,000, penyelenggaraan percuma lima-tahun/100,000 km dan waranti lanjutan lapan-tahun/160,000 km. MPV mewah ini berharga RM304,800 untuk Executive, RM349,800 untuk Luxury dan RM359,800 untuk Ultra Luxury.

    Penaja Bersama: Jacar dan Carro

    Jacar menawarkan diskaun sehingga RM2,000 di reruainya sempena promosi akhir tahun. Kerusi kulit Pecca ditawarkan dari RM1,699 (harga biasa RM3,000), manakala filem cermin gelap Llumar ditawarkan dari RM999 untuk Diamond 4 (biasanya RM3,000 ke atas) dan RM1,599 untuk Prestige Lite (biasanya RM4,000).

    Filem standard nano-seramik pula ditawarkan dari RM599, dan pakej campur dan padan yang disesuaikan dengan kereta anda bermula dari RM1,099 (biasanya RM3,000). Jacar juga mempunyai program keahlian dengan pulangan tunai, serta peraduan putar dan menang dengan hadiah bernilai sehingga RM30,000.

    Carro mengadakan promosi Car of the Month sehingga 30 November, dengan diskaun sehingga RM10,000 bagi kereta Carro Certified terpilih, dan sebahagian daripadanya akan dipamerkan di ACE supaya anda boleh memeriksanya sendiri.

    Carro Certified Cars disertakan dengan pemeriksaan 160 titik, waranti setahun, jaminan wang dikembalikan dalam tempoh lima hari serta jaminan tiada pengubahsuaian bacaan perbatuan dan tiada kerosakan kemalangan besar, kebakaran atau banjir. Harganya sudah termasuk semua kos, tanpa yuran pemprosesan, yuran pemeriksaan atau caj tambahan untuk pembelian secara pembiayaan.

    Pengalaman di ACE 2026 turut dimeriahkan oleh penaja beg cenderahati, iaitu V-Kool dengan produk filem penapis haba, Harmon Kardon dengan sistem audio, DK Schweizer untuk penyesuaian kemasan kerusi, Dodo bagi aksesori dalam kereta, The Carage yang menawarkan produk serta penyelesaian penjagaan kereta, dan Kuzig Glanz untuk perkhidmatan perincian kenderaan. TNB Electron juga merupakan penaja bersama ACE 2026.

    Butiran penuh promosi boleh didapati di laman mikro ACE 2026.

     
  • GWM Ora 5 HEV dipamerkan di ACE 2026 sebelum dilancarkan November ini – harga jangkaan RM115k

    GWM Ora 5 HEV dipamerkan di ACE 2026 sebelum dilancarkan November ini – harga jangkaan RM115k

    Acara paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2026 – dikuasakan oleh Petronas Primax – telah pun membuka tirainya hari ini, di Setia City Convention Centre (SCCC). Ia berlangsung selama dua hari, dari jam 9 pagi hinggalah 7 petang dan banyak jenama pengeluar kenderaan yang mengambil bahagian.

    Antaranya GWM yang turut mengambil peluang ini untuk mempamerkan model baharunya, Ora 5 HEV yang dijangka akan dilancarkan untuk pasaran tempatan pada bulan hadapan. Ora 5 HEV ini diberikan enjin 1.5 liter turbo empat-silinder sebaris petrol yang mampu menghamburkan kausa hingga 150 PS dari 5,500 rpm hingga 6,000 rpm dan tork 340 Nm dari 1,800 rpm hingga 4,000 rpm. Turut dipadankan dengan transmisi hibrid khusus dua-kelajuan (DHT) dengan motor elektrik bersepadu berkuasa 190 PS dan 236 Nm, serta bateri 1.09 kWh.

    Gabungan output tersebut memberikan kuasa kepada Ora 5 HEV mencecah 223 PS dan 476 Nm. Membolehkannya mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.7 saat dengan kelajuan tertinggi hingga 180 km/j.

    Ora 5 HEV menawarkan jarak gerak gabungan sehingga 1,100 km daripada rangkaian kuasa hibrid dan tangki bahan api berkapasiti 55 liter. Kadar penggunaan bahan apinya didakwa sekitar 4.4 liter per 100 km, atau 22.7 km per liter, sekaligus menggambarkan ia sebagai sebuah SUV crossover hibrid yang memiliki kecekapan bahan api yang cemerlang.

    GWM Ora 5 HEV dipamerkan di ACE 2026 sebelum dilancarkan November ini – harga jangkaan RM115k

    Bentangan suspensi bagi Ora 5 HEV adalah sama dengan versi EV iaitu topang MacPherson di hadapan dan larasan multi-link di belakang, bersama stereng kuasa elektrik. Sistem breknya pula menggunakan cakera ventilasi di hadapan dan cakera solid di belakang.

    Bagi dimensinya, Ora 5 HEV ini berukuran 4,471 mm panjang, 1,833 mm lebar dan 1,641 mm tinggi dengan jarak roda 2,720 mm. Jarak kelegaan tanah (ground clearance) bagi crossover lima-tempat duduk ini pula mencecah 175 mm.

    Ora 5 HEV dilengkapi ciri luaran termasuk lampu hadapan LED automatik, lampu siang LED, lampu belakang LED, spoiler belakang dengan lampu brek aras tinggi, pintu but yang dikendalikan secara manual, pengelap cermin hadapan dengan pengesan hujan, cermin sisi boleh laras elektrik serta rel bumbung.

    Untuk bahagian kabin, ia diberikan skrin sentuh infotainmen 14.6-inci menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, manakala kesambungan perkakasan termasuk pengecas telefon tanpa wayar 50 watt, satu soket USB-A dan satu soket USB-C di baris hadapan serta satu soket USB-C di baris kedua, di samping upholsteri kulit sintetik.

    GWM Ora 5 HEV dipamerkan di ACE 2026 sebelum dilancarkan November ini – harga jangkaan RM115k

    Selain GWM, banyak lagi jenama yang menyertai ACE 2026, termasuk Audi, BMW, BMW Motorrad, Chery, Dongfeng, Hyundai, iCaur, Jetour, Leapmotor, Lotus, Perodua, Mazda, MINI, Mitsubishi, Omoda | Jaecoo, Proton, Proton eMas, smart, Volkswagen dan Zeekr, serta banyak lagi. Selain Petronas Primax, ACE 2026 turut ditaja bersama oleh Jacar, TNB Electron dan Carro.

    Selain tawaran daripada setiap jenama yang menyertai, pelanggan bagi 200 tempahan terawal yang disahkan di ACE 2026 akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada kami.

    Setiap tempahan yang disahkan juga melayakkan anda, selaku pembeli, menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai keseluruhan RM57,000, termasuk hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu serta lima naik taraf upholsteri kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu. Turut ditawarkan ialah beg cenderahati daripada V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.

    paultan.org Auto Car Expo (ACE) – dikuasakan oleh Petronas Primax – berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November di Setia City Convention Centre (SCCC); dapatkan maklumat lanjut di laman mikro ACE 2026. Jumpa anda di sana!

     
  • Perodua P-Charge – trak pengecas EV bergerak untuk pemilik QV-E, operasi bermula 2027, 150 kW DC, 209 kWj

    Perodua P-Charge – trak pengecas EV bergerak untuk pemilik QV-E, operasi bermula 2027, 150 kW DC, 209 kWj

    Ketika berlangsungnya acara paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2026 di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam bermula hari ini, Perodua telah pun mempamerkan trak P-Charge On-The-Go, iaitu trak dengan pengecas EV bergerak yang akan digunakan untuk membantu pemilik-pemilik Perodua QV-E yang ‘tersadai’ di tepi jalan kerana kehabisan cas bateri.

    Trak berkenaan kini sudahpun beroperasi untuk kegunaan dalaman syarikat di dua lokasi utama Perodua iaitu sekitar Ibu Pejabatnya di Rawang dan juga pusat flagship Perodua Sentral di Petaling Jaya. Selepas ini trak berkenaan turut akan dipamerkan dalam program jelajah Perodua bermula bulan hadapan.

    Trak ini dibina berasaskan trak Foton 7.5 tan, di mana trak berkenaan sendiri digerakkan oleh unit rangkaian kuasa elektrik penuh, dibekalkan dengan bateri CTAL 100.46 kWj membolehkan ia bergerak sejauh 210 km. Untuk memberikan bantuan pengecasan, ia dibekalkan dengan bateri berkapasiti 209 kW, dan mampu memberikan pengecasas pantas DC sehingga 150 kW menerusi palam CCS2.

    Kami difahamkan bahawa pemilik-pemilik Perodua QV-E boleh menggunakan perkhidmatan trak P-Charge ini bermula tahun hadapan, dan ia boleh diakses menggunakan aplikasi P-Cirle. Selain dari membantu untuk memberikan cas bateri kecemasan, trak Perodua P-Charge ini juga boleh memberikan bantuan lain termasuk menambah beberapa bendalir serta penukaran tayar – QV-E tidak dibekalkan dengan tayar gantian, dan hanya diberikan dengan kit pembaikkan tayar.

    Trak ini juga dilengkapi dengan peralatan menunda yang boleh digunakan untuk menunda kereta yang kehabisan cas bateri, sekiranya kereta berkenaan tersadai di tempat yang tidak selamat untuk di cas semula. Ia turut dibekalkan dengan peti sejuk yang menyimpan minuman dan juga TV untuk pelanggan berehat sementara masalah diselesaikan.

    Buat masa sekarang, Perodua hanya mempunyai sebuah sahaja trak P-Charge yang bernilai sekitar RM1 juta ini. Sebelum perkhidmatannya bermula tahun depan, terlebih dahulu akan di bawa menjelajah ke pengedar-pengedar Perodua terpilih didemonstrasikan kegunaannya.

     
  • Kawasaki H2 Carbon dilancar di Malaysia – RM199,900

    Kawasaki H2 Carbon dilancar di Malaysia – RM199,900

    Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) memperkenalkan Kawasaki Ninja H2 Carbon 2026 untuk pasaran Malaysia, dengan harga jualan ditetapkan pada RM199,900, tidak termasuk insurans. Model ini merupakan versi lebih eksklusif dalam keluarga Ninja H2, yang menampilkan enjin empat silinder sebaris dengan supercharger, selain penggunaan komponen gentian karbon pada bahagian badan.

    Ninja H2 Carbon dibangunkan berasaskan Ninja H2 standard, namun tampil dengan beberapa perbezaan dari segi penampilan dan kelengkapan. Tarikan utamanya ialah penggunaan front cowl daripada gentian karbon, sama seperti yang digunakan pada Ninja H2R.

    Motosikal ini dikuasakan enjin empat silinder sebaris DOHC, 16 injap berkapasiti 998 cc dengan sistem penyejukan cecair dan supercharger yang dibangunkan sendiri oleh Kawasaki. Kuasa maksimum adalah 200 PS pada 11,000 rpm, atau 209 PS pada putaran sama apabila dibantu sistem kemasukan udara RAM Air. Tork maksimum pula ialah 135 Nm pada 8,500 rpm.

    Kawasaki H2 Carbon dilancar di Malaysia – RM199,900

    Kuasa berkenaan disalurkan ke roda belakang melalui kotak gear enam kelajuan jenis dog-ring, iaitu sistem yang turut digunakan pada jentera perlumbaan MotoGP dan Formula 1. Berbanding transmisi konvensional, sistem ini menggunakan gelang pengunci (dog rings) yang bergerak untuk menukar gear, sekaligus membolehkan proses pertukaran gear dilakukan dengan lebih pantas dan lancar. Klac yang digunakan pula ialah jenis basah.

    Dari segi casis, Ninja H2 Carbon menggunakan kerangka jenis trellis yang diperbuat daripada keluli berkekuatan tinggi. Suspensi hadapan terdiri daripada fork USD KYB AOS-II berdiameter 43 mm yang menawarkan pelarasan mampatan, lantunan dan prabeban spring. Di belakang pula terdapat penyerap hentak Öhlins TTX36 jenis gas dengan takungan tambahan, yang turut boleh dilaraskan mengikut keperluan penunggang.

    Sistem membrek menggunakan cakera berkembar separa terapung Brembo berdiameter 330 mm di hadapan, dengan angkup Brembo Hypure jenis monobloc empat piston yang dipasang secara radial. Bahagian belakang pula menggunakan cakera tunggal 250 mm dengan angkup dua piston. Motosikal ini turut dilengkapi sistem brek ABS serta Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System (KIBS) untuk membantu mengawal tekanan brek ketika membrek dengan kuat.

    Bagi dimensi, Ninja H2 Carbon mempunyai jarak roda 1,455 mm dan ketinggian tempat duduk 825 mm. Tangki bahan apinya berkapasiti 17 liter, manakala berat keseluruhan dengan minyak dan tangki bahan api penuh ialah 238 kg. Ia menggunakan tayar bersaiz 120/70 ZR17 di hadapan dan 200/55 ZR17 di belakang.

    Dari segi teknologi, model ini dilengkapi Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Launch Control Mode (KLCM), Kawasaki Engine Brake Control (KEBC) dan Kawasaki Cornering Management Function (KCMF). Turut disediakan ialah Kawasaki Quick Shifter (KQS), pendikit elektronik, mod kuasa serta cruise control. Panel instrumen pula menggabungkan paparan analog dengan TFT berwarna yang turut memaparkan maklumat berkaitan tekanan pengecas lampau dan sudut kecondongan motosikal.

    Ninja H2 Carbon turut menggunakan sistem cat khas Kawasaki Silver-Mirror yang mempunyai ciri pembaikan sendiri bagi calar halus tertentu. Selain panel gentian karbon, model ini mengekalkan reka bentuk aerodinamik dengan spoiler pada bahagian front cowl dan pemegang cermin sisi berbentuk profil sayap bagi menghasilkan daya downforce untuk membantu kestabilan ketika ditunggang pada kelajuan tinggi.

     
  • Nexen Tire Malaysia perkenal N’Fera Primus UX dan N’Blue S — tayar UHP, touring; mula dijual awal 2027

    Nexen Tire Malaysia perkenal N’Fera Primus UX dan N’Blue S — tayar UHP, touring; mula dijual awal 2027

    Nexen Tire Malaysia kini memperkenalkan dua model tayar terbaru untuk pasaran Malaysia, iaitu Nexen N’Fera Primus UX dan Nexen N’Blue S — yang merupakan tayar prestasi ultra tinggi (UHP) dan juga tayar touring. Menurut Nexen, kedua-dua model ini sangat sesuai dengan iklim Malaysia yang sering mengalami cuaca hujan, suhu tinggi sepanjang tahun, serta perjalanan jarak jauh di lebuh raya.

    Syarikat tersebut menyatakan bahawa N’Fera Primus UX dan N’Blue S telah dibangunkan untuk kegunaan kedua-dua kenderaan berenjin pembakaran dalaman dan juga kenderaan elektrik.

    Dalam barisan produk Nexen, N’Fera Primus UX kini menggantikan model N’Fera SU1. Model baru Primus UX ini menawarkan jangka hayat penggunaan yang 20% lebih jauh, dengan rintangan guling 5% lebih rendah, serta jarak membrek yang 3% lebih pendek.

    Sementara itu, tayar N’Blue S pula menggantikan model terdahulu, N’Blue HD Plus. Berbanding tayar lama tersebut, N’Blue S kini menawarkan jarak membrek yang 11% lebih pendek di atas permukaan basah.

    Kedua-dua tayar yang baru dilancarkan ini merupakan produk import — N’Fera Primus UX dikilangkan di Korea Selatan dengan pilihan saiz antara 17-inci hingga 22-inci, manakala N’Blue S dikilangkan di China dan ditawarkan dalam 110 saiz, antara 14-inci hingga 17-inci.

    Harga rasmi bagi N’Fera Primus UX dan N’Blue S masih belum diumumkan, tetapi Nexen Tire Malaysia menyatakan bahawa produk terbaru ini akan mula tersedia di rangkaian penjual jenama itu pada awal tahun hadapan.

    Di Malaysia, kedua-dua model tayar tersebut dilindungi oleh program pertukaran Nexen Tire, yang menawarkan perlindungan selama enam-bulan dalam bentuk penggantian satu-untuk-satu bagi kerosakan yang layak akibat bahaya di jalan raya. Untuk mengaktifkannya, pelanggan hanya perlu mendaftarkan tayar Nexen mereka semasa pembelian.

    Nexen Tire Malaysia menyasarkan untuk mengembangkan rangkaian pengedarnya kepada 100 lokasi pada tahun hadapan. Syarikat itu juga akan membuka gudang sendiri pada bulan Januari tahun depan bagi melancarkan bekalan dan pengedaran tayar ke rangkaian jualan yang lebih luas, ujar Pengurus Besar Nexen Tire Malaysia, Mark Kim ketika majlis pelancarannya.

    Kim menyatakan bahawa syarikat tersebut berhasrat untuk mengembangkan perniagaan bersama rakan pengedar sedia ada, dan bukannya bersaing dengan mereka. Selain itu, harga tayar akan kekal tidak berubah walaupun syarikat bakal mengendalikan operasi pergudangan sendiri kelak.

    Nexen N’Blue S di Malaysia

    Nexen N’Fera Primus UX di Malaysia

     
  • Kawasaki ZX-10RR 2026 tiba di Malaysia – keluaran terhad 500 unit di seluruh dunia, spesifikasi dipertingkat

    Kawasaki ZX-10RR 2026 tiba di Malaysia – keluaran terhad 500 unit di seluruh dunia, spesifikasi dipertingkat

    Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) telah memperkenalkan Kawasaki Ninja ZX-10RR 2026 untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan RM169,900, tidak termasuk insurans. Model ini merupakan versi lebih berorientasikan litar berbanding Ninja ZX-10R standard, dengan beberapa komponen enjin dan casis yang dibangunkan bagi meningkatkan prestasi ketika ditunggang pada kelajuan tinggi.

    Ninja ZX-10RR merupakan model keluaran terhad 500 unit untuk seluruh dunia, dihasilkan untuk memenuhi keperluan penunggang yang mahukan sebuah jentera supersport dengan spesifikasi lebih dekat kepada motosikal perlumbaan. Bagi model 2026, Kawasaki mengekalkan enjin empat silinder sebaris berkapasiti 998 cc, namun ia dilengkapi beberapa komponen khas daripada Pankl untuk memberikan respons enjin yang lebih pantas serta keupayaan beroperasi pada putaran lebih tinggi.

    Menurut spesifikasi yang diumumkan, enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 197 PS pada 13,200 rpm, manakala penggunaan sistem kemasukan udara RAM Air meningkatkan angka berkenaan kepada 207 PS pada putaran enjin yang sama. Tork maksimum pula mencecah 110 Nm pada 11,400 rpm, dengan kuasa dihantar ke roda belakang menerusi transmisi enam kelajuan.

    Kawasaki ZX-10RR 2026 tiba di Malaysia – keluaran terhad 500 unit di seluruh dunia, spesifikasi dipertingkat

    Antara perbezaan utama Ninja ZX-10RR berbanding ZX-10R biasa ialah penggunaan connecting rod titanium Pankl dan piston ringan khas yang turut dibangunkan oleh syarikat pembekal komponen berprestasi tinggi tersebut. Penggunaan komponen lebih ringan ini mengurangkan reciprocating mass dalam enjin, sekaligus membantu enjin mencapai putaran tinggi dengan lebih lancar. ZX-10RR juga mempunyai had rpm lebih tinggi berbanding model standard.

    Selain itu, ZX-10RR menggunakan tetapan suspensi belakang yang ditala khusus untuk kegunaan litar, manakala tiub dalam fork hadapannya menerima salutan titanium khas bagi mengurangkan geseran dan meningkatkan kelancaran pergerakan suspensi. Sistem brek hadapan Brembo turut dilengkapi hos steel-braided, sementara tayarnya menggunakan Pirelli Diablo Supercorsa SP V3 yang direka untuk memberikan cengkaman lebih baik ketika tunggangan berprestasi tinggi.

    Bagi sistem suspensi, bahagian hadapan menggunakan fork USD Showa Balance Free berdiameter 43 mm yang boleh dilaraskan untuk mampatan, lantunan dan prabeban spring. Di belakang pula terdapat penyerap hentak gas Showa BFRC Lite jenis Horizontal Back-link dengan tabung piggyback, yang turut menawarkan pelarasan mampatan, lantunan dan prabeban spring.

    Sistem brek hadapan menggunakan set cakera 330 mm berkembar, dipadankan dengan angkup Brembo M50 empat piston. Bahagian belakang pula menggunakan cakera tunggal berdiameter 220 mm. Berat keseluruhan motosikal ini ialah 207 kg, manakala tangki bahan apinya berkapasiti 17 liter.

    Dari segi kelengkapan elektronik, ZX-10RR dilengkapi pelbagai sistem bantuan tunggangan termasuk Kawasaki Cornering Management Function (KCMF), Sport-Kawasaki Traction Control (S-KTRC), Kawasaki Launch Control Mode (KLCM), Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System (KIBS) dan Kawasaki Engine Brake Control. Ia turut menerima Kawasaki Quick Shifter (KQS) dua hala serta cruise control.

    Untuk model 2026, Ninja ZX-10RR turut hadir dengan komponen aerodinamik baru termasuk winglet pada bahagian hadapan, selain damper stereng Öhlins yang ditawarkan sebagai kelengkapan standard. Model ini juga menggunakan konfigurasi tempat duduk tunggal yang membezakannya daripada ZX-10R biasa.

     
  • Leapmotor B03X buat kemunculan sulung di Malaysia menerusi ACE 2026, dilancar pada separa pertama 2027

    Leapmotor B03X buat kemunculan sulung di Malaysia menerusi ACE 2026, dilancar pada separa pertama 2027

    Leapmotor B03X hari ini membuat kemunculan sulungnya di Malaysia menerusi acara paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2026 yang kini sedang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam. Model ini dijangka akan dilancarkan ke pasaran tempatan pada separa pertama 2027, dan bakal ditawarkan terus dalam versi pemasangan tempatan (CKD) dengan produksi yang akan dibuat di kilang Stellantis di Gurun, Kedah.

    Namun unit yang dipamerkan pada hari ini bukanlah versi sebenar dengan spesifikasi pasaran Malaysia, dan ia didedahkan bagi mendapatkan maklum balas dari pengguna tempatan. Walau bagaimanapun unit yang dibawa ini sudahpun dihasilkan dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD).

    Leapmotor B03X merupakan SUV EV dengan saiz segmen-B, dan telah membuat kemunculan sulung global di China tahun lalu. Di sana model ini dikenali sebagai Leapmotor A10, manakala nama B03X digunakan untuk pasaran luar dari China. Ia dihasilkan dengan dimensi panjang 4,270 mm dan lebar 1,810 mm, dengan jarak roda 2,605 mm.

    Leapmotor B03X buat kemunculan sulung di Malaysia menerusi ACE 2026, dilancar pada separa pertama 2027

    Sebagai perbandingan, BYD Atto 2 yang juga merupakan SUV EV segmen-B adalah 40 mm lebih panjang dan 20 mm lebih lebar, dan jarak rodanya adalah 15 mm lebih jauh. Manakala berbanding Proton eMas 5 pula, B03X ini adalah 135 mm lebih panjang, 5 mm lebih lebar dan jarak rodanya adalah 45 mm lebih dekat.

    B03X menerima motor elektrik tunggal berkuasa 197 PS/200 Nm yang memacu roda hadapan, membolehkan pecutan dari pegun hingga 100 km/j dicapai dalam masa 8.6 saat, serta mencatatkan kelajuan maksima 160 km/j. Bagi pasaran Eropah, ia ditawarkan dalam dua pilihan kapasiti bateri iaitu 39.8 kWj yang memberikan jarak gerak 292 km WLTP dan 53 kWj yang membolehkan ia bergerak sejauh 382 kWj WLTP. Kami jangkakan pasaran Malaysia hanya akan menerima pilihan bateri yang paling besar.

    Untuk mengecas pula, ia boleh menerima pengecas pantas DC sehingga 133 kW yang akan memenuhkan cas dari 30-80% dalam masa 16 minit. Sistem pengecas AC juga boleh digunakan yang boleh menampung sehingga 11 kW.

    Leapmotor B03X buat kemunculan sulung di Malaysia menerusi ACE 2026, dilancar pada separa pertama 2027

    Di China, Leapmotor A10 menerima pelbagai perincian unik seperti bumbung kaca panaromik, meja berkelah di bahagian belakang, kotak simpanan barang di bawah tempat duduk belakang, pemasangan pada kluster liang pendingin hawa bahagian penumpang hadapan untuk pemadananan aksesori seperti lampu suasana, dispenser wangian atau pelembap udara.

    Namun untuk pasaran Malaysia dijangkakan perincian-perincian berkenaan tidak akan ditawarkan, sebaliknya kita akan menerima model yang lebih mirip seperti model pasaran Eropah yang dibekalkan dengan perincian seperti tayar Yokohama BluEarth GT (menggantikan tayar Linglong di pasaran China), talaan pemanduan dan pengendalian yang dibuat oleh Stellantis di Balocco proving ground Itali, paparan instrumen 8.88-inci serta skrin sesentuh 14.6-inci.

     
  • Omoda C7 dipertonton di ACE 2026 – 1.6T ICE, 1.5T PHEV, tempahan dibuka, jangkaan RM160k-180k

    Omoda C7 dipertonton di ACE 2026 – 1.6T ICE, 1.5T PHEV, tempahan dibuka, jangkaan RM160k-180k

    Lintas langsung dari Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam yang sedang rancak dengan acara paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2026! Selain disertai banyak model kenderaan baharu, ada juga model yang bakal dilancarkan turut dipamerkan di sini untuk dua hari ini. Sekaligus memberikan peluang kepada orang ramai untuk melihatnya ‘fresh’ di hadapan mata.

    Antaranya Omoda C7 yang telah pun dibuka tempahan sejak Ogos lalu dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Anda juga berpeluang untuk memandu ujinya tau!

    Ditawarkan dengan dua varian iaitu versi pembakaran dalaman (ICE) dengan harga jangkaan sekitar RM160k dan juuga PHEV (dijangka sekitar RM180k), kedua-duanya adalah versi pemasangan tempatan (CKD) di Shah Alam. Untuk ACE 2026, hanya varian ICE yang dipamerkan.

    Ia menawarkan penjana kuasa 1.6 liter turbo dengan output 197 PS/290 Nm dan DCT tujuh-kelajuan. Cuma belum dipastikan sama ada kita bakal menerima versi 2WD, AWD atau kedua-duanya sekali untuk pasaran tempatan. Untuk pengetahuan anda, kita menerima kedua-dua versi itu untuk model Jaecoo J7, Jaecoo J8 dan Omoda C9.

    Sementara itu, bagi varian PHEV pula, menerima enjin 1.5 liter turbo dengan 156 PS/220 Nm, transmisi hibrid satu-kelajuan dan juga motor elektrik 204 PS/310 Nm yang dipasang di hadapan, sekaligus menghasilkan kuasa gabungan mencecah 360 PS dan tork 530 Nm. Ia juga diberikan bateri Blade LFP 18.3-kWh dari BYD yang mampu mencatatkan jarak gerak elektrik sepenuhnya hingga 95 km dan 1,250 km untuk keseluruhan.

    Selain penjana kuasa, sedikit perbezaan ciri antara versi ICE dan PHEV. Di mna ICE menerima roda aloi 19-inci, manakala 20-inci untuk PHEV. Selain itu, penawaran upholsteri untuk bahagian kabin juga berlainan. PHEV turut menerima perehat kaki untuk penumpang hadapan dan skrin sentuh 15.6-inci yang boleh digerakkan secara elektronik ke bahagian penumpang hadapan, menyebabkan ia tidak diberikan glove box.

    Ciri kelengkapan yang sama untuk kedua-dua versi termasuklah panel instrumen 8.88-inci, tempat duduk hadapan larasan kuasa dengan ciri ventilasi, pengecas tanpa wayar 50-watt dan set ADAS komprehensif.

    Memandangkan ia masih belum dilancarkan dan sudah pasti tiada di bilik pameran, kunjungi ACE 2026 untuk menjadi antara khalayak terawal yang melihatnya di hadapan mata dan juga jangan lepaskan peluang untuk memandu ujinya!

    Omoda C7 dipertonton di ACE 2026 – 1.6T ICE, 1.5T PHEV, tempahan dibuka, jangkaan RM160k-180k

     
  • Perodua Ativa muncul dengan warna baru Coral Blue seperti Axia di ACE 2026, ganti warna Cobalt Blue

    Perodua Ativa muncul dengan warna baru Coral Blue seperti Axia di ACE 2026, ganti warna Cobalt Blue

    Hari ini merupakan hari pertama paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2026 berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam. Dan untuk Perodua, jenama automotif tempatan dari Rawang berkenaan mendedahkan Ativa dengan warna baharu iaitu Coral Blue.

    Macam pernah nampak warna ni kan? Ya, Coral Blue merupakan warna yang diambil dari palet warna Axia generasi kedua, dan ia menggantikan warna Cobalt Blue yang sudah digugurkan untuk Ativa. Ini merupakan kali pertama Perodua menawarkan warna Coral Blue berkenaan untuk model selain Axia, dan kali pertama Ativa menerima warna baharu sejak ia diperkenalkan pada 2021.

    Malah kali ini warna biru tersebut turut ditawarkan pada varian AV, di mana bagi warna Cobalt Blue sebelum ini ia hanya khas untuk varian X dan H. Warna-warna lain masih dikekalkan, jadi pembeli masih lagi boleh memilih Ativa dalam warna Glittering Silver, Granite Grey, Pearl Delima Red dan juga Pearl Diamond White.

    Warna Coral Blue untuk Perodua Ativa ini ditawarkan sebagai warna standard. Jadi anda tidak perlu membuat sebarang bayaran tambahan seperti pilihan warna merah dan putih yang mempunyai kesan ‘Pearl’.

     
  • JPJ buka kaunter mobile di ACE 2026 – hari ini sahaja!

    JPJ buka kaunter mobile di ACE 2026 – hari ini sahaja!

    Jika anda berada di sekitar Lembah Klang dan mempunyai masa terluang hujung minggu ini, marilah memeriahkan acara paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2026, dikuasakan oleh Petronas Primax, yang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam. ACE 2026 ini dianjurkan selama dua hari iaitu hari ini dan juga esok, antara jam 9 pagi hingga 7 malam dan masuk adalah percuma!

    Pelbagai model baharu kenderaan dari jenama terkenal yang dipamerkan di sini. Selain ‘mencuci mata’ melihat barisan model baharu tersebut, anda juga berpeluang untuk memandu ujinya serta banyak tawaran menarik menanti sekiranya anda menempah mana-mana model menerusi ACE 2026.

    Selain itu, kami juga membawakan khas Kaunter JPJ Mobile untuk HARI INI SAHAJA iaitu sehingga jam 4 petang ini. Urusan yang boleh dilakukan menerusi kaunter JPJ ini ialah:

    • Memperbaharui lesen memandu Malaysia (CDL/PDL)
    • Memperbaharui cukai jalan (LKM) untuk kenderaan persendirian dan komersial
    • Membayar saman JPJ, kecuali kes yang disenarai hitam
    • Memperbaharui lesen memandu vokasional (PSV/GDL)
    • Mmengambil dokumen CDL dan LKM yang telah diperbaharui secara dalam talian melalui portal mySIKAP JPJ
    • Memohon ID pengguna awam individu mySIKAP (ID Awam Individu)

    JPJ buka kaunter mobile di ACE 2026 – hari ini sahaja!

    Bayaran hanya melalui kad kredit atau debit, jadi wang tunai tidak diterima. Bawa MyKad anda, dan pastikan insurans kenderaan anda sah jika anda memperbaharui cukai jalan.

    Pembaharuan PSV dan GDL memerlukan ujian kesihatan menyeluruh di bawah Program Pemandu Sihat dan Selamat (PSS) di klinik panel terlebih dahulu (baca lanjut tentang kaunter JPJ Mobile).

    Selesai urusan JPJ, boleh sambung terokai ACE 2026 dengan kerjasama Petronas Primax. Antara jenama yang mengambil bahagian termasuk Audi, BMW, BMW Motorrad, Chery, Dongfeng, GWM, Hyundai, iCaur, Jetour, Leapmotor, Lotus, Mazda, MINI, Mitsubishi, Omoda | Jaecoo, Perodua, Proton, Proton eMas, smart, Volkswagen dan Zeekr.

    Selain tawaran eksklusif daripada jenama-jenama yang mengambil bahagian, 200 tempahan terawal yang disahkan akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada pihak penganjur. Setiap tempahan yang disahkan juga layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai keseluruhan RM57,000, termasuk hadiah utama iaitu pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu serta lima naik taraf upholsteri kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu.

    Maklumat lanjut tentang ACE 2026 boleh didapati di laman mikro ACE 2026. Jumpa anda di SCCC!

     
  • ACE 2026 hujung minggu ini di SCCC — tawaran akhir tahun, baucar RM3k, cabutan RM57k, kaunter JPJ

    ACE 2026, 31 Oktober-1 November 2026, Setia City Convention Centre

    paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2026, dikuasakan oleh Petronas Primax, akan berlangsung hujung minggu ini, pada Sabtu, 31 Oktober dan Ahad, 1 November, di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam. Masuk adalah percuma.

    Sebanyak 21 jenama akan hadir dengan tawaran istimewa untuk kereta, EV dan motosikal, dan pembeli yang membuat tempahan di ACE turut menerima ganjaran daripada kami selain tawaran tersebut. Tahun lalu, lebih 800 pembeli menikmati tawaran kereta di ACE 2025.

    Ini panduan penuh kami untuk pameran tersebut. Ia merangkumi baucar dan cabutan bertuah daripada kami, peraduan Petronas Primax, kaunter JPJ Mobile, tawaran penaja bersama kami dan setiap tawaran jenama yang diumumkan setakat ini, dari Audi hingga Zeekr.

    Bila dan di mana

    ACE 2026 dibuka dari jam 9 pagi hingga 7 malam pada kedua-dua hari, di Dewan 1 dan 2 SCCC, No. 1, Jalan Setia Dagang AG U13/AG, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

    Tempat letak kereta pengunjung disediakan betul-betul di hadapan dewan pameran, dan Car Park A terletak kira-kira tiga minit berjalan kaki.

    Baucar RM3,000 untuk 200 tempahan pertama

    Baucar RM3,000 dan hadiah cabutan bertuah RM57k di ACE 2026

    200 tempahan kereta baharu pertama di pameran ini masing-masing akan menerima beg cenderahati ACE, yang mengandungi enam baucar bernilai RM500 setiap satu:

    • RM500 untuk filem cermin V-Kool
    • RM500 untuk tikar kereta Dodo
    • RM500 untuk upholsteri kulit premium DK Schweizer
    • RM500 untuk perkhidmatan filem pelindung cecair self-healing The Carage
    • RM500 untuk pakej sistem audio Harman Kardon
    • RM500 untuk perkhidmatan detailing kereta oleh Kuzig Glanz Detailing

    Baucar ini hanya untuk tempahan yang dibuat di ACE pada 31 Oktober dan 1 November, dan pendaftaran persendirian serta syarikat layak. Hanya 200 beg cenderahati disediakan, jadi datanglah awal.

    Cabutan bertuah RM57,000

    Hadiah cabutan bertuah ACE 2026: percutian RM10,000, telefon pintar, naik taraf kereta

    Setiap tempahan yang disahkan di pameran ini juga layak menyertai cabutan bertuah ACE 2026, dengan 14 hadiah bernilai RM57,000 keseluruhannya:

    • Hadiah utama: pakej percutian bernilai RM10,000 untuk pemenang dan pasangan, termasuk tiket perjalanan dan penginapan
    • Tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar, bernilai RM4,000 setiap satu
    • Lima naik taraf upholsteri kulit DK Schweizer Prestige, bernilai RM4,000 setiap satu
    • Lima telefon pintar, bernilai RM3,000 setiap satu

    Cabutan akan dibuat selepas acara, jadi pemenang tidak akan dipilih di pameran, dan ia hanya untuk pembelian kereta baharu. Untuk layak memenangi pakej percutian dan telefon pintar, tempahan anda perlu mendapat kelulusan pinjaman daripada bank pilihan, dan pengedar perlu menyerahkan kereta sebelum 31 Januari 2027. Kedua-dua hadiah ini akan diserahkan selepas kereta diserahkan.

    Hadiah dan cenderahati tidak boleh ditukar, dan terma serta syarat terpakai. Maklumat lanjut ada dalam laporan baucar dan cabutan bertuah kami.

    Peraduan Petronas Primax pada 12 tengah hari dan 3.30 petang

    Rakan kongsi utama Petronas Primax akan mengadakan sesi peraduan di reruainya dua kali sehari, pada jam 12 tengah hari dan 3.30 petang, dan tiada pembelian diperlukan untuk menyertainya.

    Pengacara akan memilih peserta daripada orang ramai untuk cabaran tiga langkah. Tunjukkan bahawa anda mengikuti @petronasbrands di platform media sosial pilihan anda, jawab kuiz tentang Petronas Dagangan Berhad atau Petronas, kemudian rakam testimoni ringkas di hadapan kamera tentang sebab anda memilih Primax 95 atau Primax 97.

    Reruai Petronas Primax di ACE 2026: peraduan pada 12 tengah hari dan 3.30 petang, ikuti @petronasbrands dan jawab kuiz, kongsi sebab anda memilih Primax 95 atau 97, kutip hadiah anda

    Lengkapkan cabaran itu dan anda boleh terus mengambil hadiah di situ. Hadiahnya termasuk kotak Petronas Mesra Plushie dengan barangan edisi terhad, barangan rasmi MotoGP seperti topi Petronas Grand Prix of Malaysia, beg tote Petronas #Speedphoria, rantai kunci botol minyak Sprinta yang berisi penyumbat telinga, serta Petronas Mesra Box, sebuah kotak misteri yang berisi kejutan. Datang awal untuk mendapatkan tempat dalam kalangan orang ramai (baca lanjut tentang peraduan Petronas Primax).

    Hadiah Petronas Primax di ACE 2026: kotak Mesra Plushie, topi MotoGP, beg tote #Speedphoria, rantai kunci Sprinta

    Kotak misteri Petronas Mesra dan barangan Petronas serta MotoGP di ACE 2026

    Kaunter JPJ Mobile, Sabtu sahaja

    JPJ akan membawa kaunter JPJ Mobile ke pameran pada Sabtu, 31 Oktober, dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Kaunter ini tiada pada hari Ahad. Di kaunter tersebut, anda boleh:

    • memperbaharui lesen memandu Malaysia (CDL/PDL)
    • memperbaharui cukai jalan (LKM) untuk kenderaan persendirian dan komersial
    • membayar saman JPJ, kecuali kes yang disenarai hitam
    • memperbaharui lesen memandu vokasional (PSV/GDL)
    • mengambil dokumen CDL dan LKM yang telah diperbaharui secara dalam talian melalui portal mySIKAP JPJ
    • memohon ID pengguna awam individu mySIKAP (ID Awam Individu)

    Bayaran hanya melalui kad kredit atau debit, jadi wang tunai tidak diterima. Bawa MyKad anda, dan pastikan insurans kenderaan anda sah jika anda memperbaharui cukai jalan.

    Pembaharuan PSV dan GDL memerlukan ujian kesihatan menyeluruh di bawah Program Pemandu Sihat dan Selamat (PSS) di klinik panel terlebih dahulu (baca lanjut tentang kaunter JPJ Mobile).

    Penaja bersama: Jacar, TNB Electron dan Carro

    Jacar menawarkan diskaun sehingga RM2,000 di reruainya sempena promosi akhir tahun. Kerusi kulit Pecca ditawarkan dari RM1,699 (harga biasa RM3,000), manakala filem cermin gelap Llumar ditawarkan dari RM999 untuk Diamond 4 (biasanya RM3,000 ke atas) dan RM1,599 untuk Prestige Lite (biasanya RM4,000).

    Filem standard nano-seramik ditawarkan dari RM599, dan pakej campur dan padan yang disesuaikan dengan kereta anda bermula dari RM1,099 (biasanya RM3,000). Jacar juga mempunyai program keahlian dengan pulangan tunai, serta peraduan putar dan menang dengan hadiah bernilai sehingga RM30,000.

    TNB Electron ialah rangkaian pengecasan EV milik Tenaga Nasional Berhad. TNB telah memasang 256 titik pengecasan di seluruh negara setakat akhir 2025, dengan 96 lagi dalam pembinaan dan 250 lagi dirancang untuk tahun ini, manakala pengecas pantasnya kini mampu membekalkan sehingga 480 kW. Lokasi pengecasan dipantau sepanjang masa, dan talian bantuan dengan waktu operasi lanjutan disediakan jika anda memerlukan bantuan di pengecas (baca lanjut tentang TNB Electron).

    Carro mengadakan promosi Car of the Month sehingga 30 November, dengan diskaun sehingga RM10,000 bagi kereta Carro Certified terpilih, dan sebahagian daripadanya akan dipamerkan di ACE supaya anda boleh memeriksanya sendiri.

    Kereta Carro Certified disertakan dengan pemeriksaan 160 titik, waranti setahun, jaminan wang dikembalikan dalam tempoh lima hari serta jaminan tiada pengubahsuaian bacaan perbatuan dan tiada kerosakan kemalangan besar, kebakaran atau banjir. Harganya sudah termasuk semua kos, tanpa yuran pemprosesan, yuran pemeriksaan atau caj tambahan untuk pembelian secara pembiayaan.

    Penaja bersama ACE 2026: filem Llumar oleh Jacar dari RM999, pengecasan EV TNB Electron, diskaun sehingga RM10,000 bagi kereta Carro Certified

    Tawaran jenama, dari Audi hingga Zeekr

    Audi: Audi Q7 S line keluaran tahun ini, berharga dari RM369,990 termasuk Audi Assurance Package, ditawarkan dengan rebat sehingga RM90,000. Pembeli menerima perlindungan waranti 5+2 tahun, dengan dua tahun tambahan merupakan waranti lanjutan oleh Tras, dan unit pandu uji Q7 akan disediakan di pameran.

    Audi Q7 S line YOM2026 dengan diskaun sehingga RM90,000 di ACE 2026

    BMW: Rebat istimewa ditawarkan untuk 530i M Sport, i5 eDrive40 M Sport Pro dan 218 Gran Coupe Sport, serta unit demo iX xDrive45 Sport. X4 xDrive30i M Sport Pro, yang kini dalam kelompok terakhir, dan 520i M Sport ditawarkan dengan sama ada rebat istimewa atau kadar BMW Financial dari 1.78%.

    Rebat istimewa BMW di ACE 2026 untuk unit demo iX xDrive45 Sport, 530i M Sport, i5 eDrive40 M Sport Pro dan 218 Gran Coupe Sport

    Terdapat juga rebat yang hanya ditawarkan jika anda membuat tempahan di pameran, serta pandu uji sepanjang hujung minggu. iX3 50 xDrive M Sport Pro, model Neue Klasse pertama di Malaysia, turut dipamerkan. Tanya pasukan di reruai BMW berapa banyak yang anda boleh jimat.

    Rebat istimewa BMW X4 dan 520i, rebat eksklusif ACE dan iX3 baharu di ACE 2026

    BMW Motorrad: R 1300 GS baharu dengan Automated Shift Assistant (ASA), F 450 GS dengan Easy Ride Clutch (ERC) dan R 1300 RT akan dipamerkan, manakala F 450 GS, R 1300 GS dan C 400 GT tersedia untuk tunggang uji.

    R 1300 GS dengan Adaptive Height Control (AHC) keluaran 2026 ditawarkan dengan pembiayaan pada kadar rata 2.99% setahun, dan semua model BMW Motorrad keluaran 2026 yang lain pada 3.30%, kedua-duanya apabila dibeli bersama Service Inclusive lima tahun atau 50,000 km dan lanjutan waranti dua tahun. Kadar ini terpakai untuk pinjaman RM30,000 ke atas bagi tempoh tiga hingga tujuh tahun, sehingga 31 Disember 2026.

    BMW Motorrad R 1300 GS dengan kadar rata 2.99% di ACE 2026

    Chery: Tiggo 9 ditawarkan dengan rebat RM18,000, menjadikan harganya RM179,800, dan ia disokong waranti kenderaan tujuh tahun/150,000 km, waranti enjin 10 tahun/1,000,000 km dan upah servis percuma lima tahun. Tiggo 8 PHEV berharga RM159,800 pula disertakan dengan waranti bateri lanjutan 10 tahun.

    Tiggo 7 Pro ditawarkan dengan rebat RM15,000 daripada harga biasa RM123,800, dan Tiggo 7 CSH berharga RM129,800 dengan rebat RM8,400. Tiggo Cross CSH berharga RM99,800 dan Tiggo Cross Sport Edition berharga RM91,800 masing-masing mendapat rebat RM8,000, dengan Sport Edition kini berharga promosi RM83,800, manakala Tiggo Cross 1.5L Turbo berharga RM88,800. Semua model dilindungi waranti kenderaan tujuh tahun/150,000 km, dan versi elektrik turut menerima waranti bateri lanjutan 10 tahun.

    Chery Tiggo 9 diskaun RM18,000 serta rebat Tiggo 7 dan Tiggo Cross di ACE 2026

    Dongfeng: Sedan EV Dongfeng 007 ditawarkan dengan diskaun segera RM8,888, menjadikan harga Premium RWD RM161,000 dan Prime AWD RM187,000. Kedua-duanya disertakan waranti kenderaan enam tahun dan waranti bateri serta motor pacuan lapan tahun, semuanya tanpa had perbatuan. Diskaun RM8,888 yang sama turut ditawarkan untuk SUV elektrik Dongfeng Vigo.

    Dongfeng 007 dan Vigo dengan diskaun RM8,888 di ACE 2026

    GWM: Beli Haval H6 HEV dan anda akan menerima ganjaran eksklusif Deepavali bernilai RM17,000, kadar faedah dari 0.97% dan tag RFID Touch ‘n Go percuma, serta penyelenggaraan percuma lima tahun termasuk upah dan alat ganti, dan waranti enjin serta bateri hibrid 10 tahun.

    SUV off-road Tank 300 akan dipamerkan dalam versi ICE dan HEV, dengan waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi, penyelenggaraan percuma lima tahun termasuk upah dan alat ganti, serta tag RFID TnG percuma. Anda juga boleh memandu uji Wey G9 HEV, MPV tujuh tempat duduk (RM249,800), dan melihat Ora 5 HEV lebih awal sebelum pelancarannya pada November.

    Ganjaran RM17,000 GWM Haval H6 HEV, waranti seumur hidup Tank 300, pandu uji Wey G9 HEV dan pratonton Ora 5 HEV di ACE 2026

    Hyundai: Hyundai by Karrus Automotive Group menawarkan penjimatan segera sehingga RM57,000 bagi rangkaian Hyundai, termasuk MPV Staria dengan tujuh atau 10 tempat duduk.

    MPV Stargazer berharga dari RM99,800, dengan pakej early bird bernilai sehingga RM4,600. Ia juga disertakan dengan Resale Value Protection Hyundai, yang menjamin 70% daripada RRP pada tahun ketiga (sehingga 60,000 km), 60% pada tahun keempat (80,000 km) dan 50% pada tahun kelima (100,000 km), dengan syarat nilai trade-in tersebut digunakan untuk membeli Hyundai baharu.

    Penjimatan segera Hyundai sehingga RM57,000 dan Stargazer dari RM99,800 di ACE 2026

    iCaur: V23 iWD pemasangan tempatan kekal pada harga bebas cukai RM132,780, dan kit penggayaan V23 Retro Edition, dengan hiasan krom dan balutan panel jingga atau hijau, akan dipamerkan. iCaur 03 pula berharga RM119,740 untuk RWD dan RM129,880 untuk iWD.

    V23 dan 03 tersedia untuk pandu uji, dan reruai iCaur turut mengadakan aktiviti dengan hadiah menarik. Montanic Adventure Store juga akan hadir dengan peralatan dan aksesori berkhemah pada diskaun 15% untuk tempoh terhad.

    iCaur V23 pada RM133k, V23 Retro Edition, iCaur 03 dari RM119,740 serta pandu uji V23 dan 03 di ACE 2026

    Jetour: Setiap Jetour yang ditempah di ACE disertakan baucar beli-belah RM300 dan peluang memenangi barangan Jetour Life bernilai RM2,000, dengan syarat kenderaan didaftarkan tahun ini. T2 mendapat diskaun RM2,000 menjadikan harganya RM156,800, manakala T1 mendapat diskaun RM2,000 untuk kedua-dua varian 1.5 2WD (RM127,800) dan 2.0 XWD (RM144,800).

    Dashing Prime mendapat diskaun RM10,000 pada harga RM106,800, dan VT9 Prime mendapat rebat RM15,000 pada harga RM108,800.

    Hibrid plug-in T2 i-DM, dari RM162,000, ditawarkan dengan pilihan pakej early bird bernilai RM3,000 untuk 2,000 pendaftaran pertama, seperti kabel penyesuai V2L percuma serta pengecas AC dengan pemasangan di rumah secara percuma. Pembeli turut menerima manfaat insurans, termasuk perlindungan RM5,000 untuk pengecas wallbox, perlindungan liabiliti peribadi pemandu baharu sehingga RM5,000 dan perlindungan bencana khas. Tempahan T2 i-DM yang dibuat sebelum 31 Disember juga berpeluang memenangi barangan bernilai RM2,000 tersebut.

    Diskaun RM2,000 Jetour T2 dan T1, rebat VT9 dan Dashing serta pakej early bird T2 i-DM di ACE 2026

    Leapmotor: Leapmotor Cycle & Carriage menawarkan rebat tambahan RM5,000 untuk B10 dan C10, hanya di ACE.

    B10 berharga RM118,800 dan disertakan Pakej EZ 5 percuma bernilai RM11,188. Ia termasuk sokongan insurans RM4,000, yang menurunkan harga permulaan kepada RM114,800, serta pengecas wallbox 22 kW bernilai RM3,888, kredit pengecasan chargEV sekurang-kurangnya RM1,200, pakej filem cermin gelap Premium Guard Elite Tint bernilai RM1,600 dan kunci eksklusif Leapmotor bernilai RM500.

    C10 pemasangan tempatan berharga RM129,000, dan anda boleh mendapatkannya RM4,000 lebih murah di ACE. Reruai Leapmotor juga akan mempamerkan B03X, yang membuat penampilan pertamanya di Malaysia sebagai pratonton untuk meninjau minat pasaran, dalam warna Seaweed Green.

    Rebat tambahan RM5,000 Leapmotor untuk B10 dan C10, pakej EZ5 B10, C10 pada RM125,000 dan pratonton B03X di ACE 2026

    Lotus: ACE 2026 berlangsung sempena Bulan Ulang Tahun ke-30 Lotus. Beli Lotus di pameran dan anda akan menerima sepasang pembesar suara KEF LS LUXE bernilai RM19,899 secara percuma, dengan kerjasama HoeHuat Electric. Model Lotus pra-milik terpilih, termasuk Emeya, Eletre dan Emira, bermula dari RM399,000.

    Beli Lotus di ACE 2026 dan dapatkan pembesar suara KEF LS LUXE percuma

    Mazda: Mazda CX-5 generasi ketiga serba baharu, dengan enjin Skyactiv-G 2.5 liter 185 hp/257 Nm, skrin sentuh 12.9 inci dan sistem audio Bose 12 pembesar suara, akan dipamerkan. Begitu juga SUV flagship CX-60 3.3L MHEV, dengan enjin turbo enam silinder sebaris 280 hp (284 PS) dan 450 Nm serta penarafan lima bintang Euro NCAP.

    Mazda CX-5 serba baharu dan CX-60 3.3 enam silinder sebaris turbo MHEV di ACE 2026

    MINI: Rebat istimewa eksklusif ACE ditawarkan untuk JCW Countryman, Countryman S, Aceman dan Convertible, serta MINI Paul Smith Edition, yang hanya tinggal satu unit dalam warna Inspired White. Tanya pasukan di reruai MINI berapa banyak yang anda boleh jimat.

    Rebat istimewa MINI di ACE 2026 untuk JCW Countryman, Countryman S, Aceman, Convertible dan Paul Smith Edition

    Mitsubishi: Xforce ditawarkan dengan pakej ‘777’, yang menggabungkan waranti tujuh tahun tanpa had perbatuan dengan upah servis berjadual percuma selama tujuh tahun dan alat ganti percuma selama tujuh tahun. Pemilik Mitsubishi sedia ada pula menerima rebat RM3,000.

    Xpander ditawarkan dengan pakej ‘888’, dengan waranti lapan tahun tanpa had perbatuan serta upah dan alat ganti terpilih percuma untuk lapan servis berjadual, bersama rebat akhir tahun RM3,000 dan baucar eksklusif ACE.

    Pakej 777 dan rebat pemilik Mitsubishi Xforce, pakej 888 dan rebat RM3,000 Xpander di ACE 2026

    Triton ditawarkan dengan tawaran bernilai sehingga RM25,000. Triton AT Premium disertakan diesel percuma selama tujuh tahun, penyelenggaraan percuma lima tahun dan waranti lima tahun tanpa had perbatuan. Triton Athlete menerima diesel percuma selama lapan tahun bernilai RM20,000, waranti lima tahun dan sokongan trade-in sehingga RM10,000, manakala Triton AT GL disertakan sokongan diesel sehingga RM12,000 untuk tempoh terhad.

    Tawaran Mitsubishi Triton di ACE 2026: AT Premium, diesel percuma Athlete, sokongan trade-in dan sokongan diesel AT GL

    Di reruai Mitsubishi, anda akan menemui Xforce Roving Cloud, Triton yang memenangi Asia Cross Country Rally (AXCR) 2026 bersama reruai AXCR, dan Xpander dengan susunan perkhemahan. Terdapat Xforce Load Up Challenge, di mana anda perlu memuatkan seberapa banyak barang ke dalam but 410 liter dalam masa seminit, Xforce Test Drive Challenge dan peraduan media sosial. Setiap pandu uji akan mendapat tumbler eksklusif, dan setiap tempahan mendapat payung eksklusif.

    Mitsubishi Xforce Roving Cloud dan Triton AXCR dipamerkan di ACE 2026

    Omoda | Jaecoo: Jaecoo J5, berharga RM108,000, ditawarkan dengan rebat RM9,000 dan waranti kenderaan tujuh tahun/150,000 km. Tempah Jaecoo J7 PHEV di ACE dan anda akan menerima rebat RM10,500, menjadikan harganya RM148,300, bersama penyelenggaraan percuma lima tahun/50,000 km. C7 yang bakal tiba juga dijangka dipamerkan sebagai pratonton di reruai, dan anda boleh membuat tempahan.

    Rebat RM9,000 Jaecoo J5 dan rebat RM10,500 Jaecoo J7 PHEV di ACE 2026

    Perodua: Rebat ditawarkan untuk kebanyakan model. QV-E mendapat RM10,000, Ativa sehingga RM9,500, Aruz RM4,000, Bezza RM2,500, Myvi RM1,500 dan Axia RM1,000.

    Rebat Perodua QV-E, Ativa, Aruz dan Bezza di ACE 2026

    Dengan rebat tersebut, QV-E berharga RM53,499 di bawah pakej battery-as-a-service (BaaS) Perodua, yang menambah bayaran langganan bateri RM215 sebulan, atau RM77,499 jika anda membeli kereta sepenuhnya. Axia 1.0L G kini berharga dari RM33,900 selepas penurunan harga RM4,700. Traz turut dipamerkan, dengan enjin 1.5 liter dan D-CVT yang dinilai pada 21.3 km/l, but 471 liter dan penarafan lima bintang ASEAN NCAP.

    Rebat Perodua Myvi dan Axia, QV-E dari RM53,499 dengan BaaS dan Axia 1.0L G dari RM33,900 di ACE 2026

    Perodua Traz dengan penggunaan bahan api sehingga 21.3 km/l di ACE 2026

    Proton: EON menawarkan rebat sehingga RM13,000 bagi model Proton terpilih, dan Saga MC3 baharu mendapat rebat RM1,300. Anda akan menerima barangan eksklusif EON dengan bayaran tempahan minimum RM100, dan pembelian pakej waranti lanjutan memberikan diskaun 10% bagi setiap temu janji servis yang layak. S70 MC1 tersedia untuk pandu uji sepanjang pameran.

    Proton diskaun sehingga RM13,000 dan Proton eMas 7 diskaun RM7,000 di ACE 2026

    Proton eMas: Juga melalui EON, eMas 7 pemasangan tempatan ditawarkan dengan sokongan trade-in sehingga RM10,000, rebat tambahan RM7,000, rebat RM4,000 untuk pembeli korporat, wallbox 7 kW percuma bernilai RM1,500 dan penyesuai V2L percuma bernilai RM500. Pandu uji turut disediakan.

    eMas 5 pula ditawarkan dengan rebat tambahan sehingga RM3,000, rebat korporat RM2,000 untuk Prime dan RM3,000 untuk Premium, serta wallbox dan penyesuai V2L yang sama. Kedua-duanya disertakan waranti kenderaan enam tahun tanpa had perbatuan dan waranti bateri voltan tinggi serta komponen lapan tahun/160,000 km.

    smart: EON Berhad akan mendedahkan promosi akhir tahun untuk smart #5 Brabus hanya di pameran. SUV elektrik 646 PS/710 Nm ini disertakan waranti kenderaan empat tahun, empat servis percuma dan waranti bateri lapan tahun/200,000 km, serta cenderahati percuma dan pandu uji sepanjang hujung minggu.

    Volkswagen: EON menawarkan rebat sehingga RM72,000 untuk semua model Volkswagen. Pemilik Volkswagen sedia ada menerima sokongan trade-in RM10,000 apabila membeli Tayron Elegance atau Tayron R-Line, dan unit pandu uji Tayron akan disediakan di pameran. Setiap Volkswagen disertakan perlindungan waranti 5+2 tahun, dengan waranti lanjutan tambahan oleh Tras.

    Promosi akhir tahun smart #5 Brabus dan rebat Volkswagen sehingga RM72,000 di ACE 2026

    Zeekr: Zeekr 7X, berharga RM193,800 untuk RWD Long Range dan RM230,800 untuk AWD Performance, disertakan pengecas wallbox AC percuma dan pakej penyelenggaraan serta servis percuma dua tahun/40,000 km.

    Tempah Zeekr 009 di ACE dan anda akan menerima wallbox percuma, sokongan insurans sehingga RM6,000, penyelenggaraan percuma lima tahun/100,000 km dan waranti lanjutan lapan tahun/160,000 km. MPV mewah ini berharga RM304,800 untuk Executive, RM349,800 untuk Luxury dan RM359,800 untuk Ultra Luxury.

    Zeekr 7X dari RM193,800 dan Zeekr 009 dengan wallbox percuma di ACE 2026

    Terma dan syarat terpakai untuk semua promosi jenama.

    Penaja dan jenama yang menyertai ACE 2026

    Jumpa anda di SCCC

    ACE 2026, dikuasakan oleh Petronas Primax, berlangsung Sabtu dan Ahad ini, 31 Oktober dan 1 November, dari jam 9 pagi hingga 7 malam di Setia City Convention Centre. Kemasukan adalah percuma, dan anda boleh membaca semua laporan ACE 2026 kami di sini.

    Butiran penuh promosi boleh didapati di laman mikro ACE 2026. Jumpa anda di sana!

     
  • ACE 2026: Beli Leapmotor B10 atau C10 dan nikmati rebat tambahan RM5,000 — hanya hujung minggu ini

    ACE 2026: Rebat tambahan RM5,000 bagi Leapmotor B10 dan C10, eksklusif di ACE, 31 Oktober-1 November 2026, Setia City Convention Centre

    paultan.org Auto Car Expo (ACE), dikuasakan oleh Petronas Primax kini sudah bermula hari ini. Pameran tersebut akan berlangsung pada hujung minggu 31 Oktober hingga 1 November, iaitu esok dan Ahad, di Setia City Convention Centre (SCCC). Seperti edisi sebelum ini, ACE 2026 menjanjikan pelbagai tawaran menarik untuk pelbagai jenis kenderaan.

    Leapmotor akan mempamerkan tiga model di reruainya, termasuk B03X yang membuat penampilan pertamanya di Malaysia di ACE 2026. Selain pratonton istimewa itu, SUV B10 dan C10 turut dipamerkan, dan ada berita baik jika anda bercadang untuk membeli salah satu daripadanya.

    Leapmotor Cycle & Carriage menawarkan rebat tambahan RM5,000 bagi kedua-dua B10 dan C10. Tawaran eksklusif ini hanya tersedia di ACE, dan ia menjadikan kedua-dua EV ini lebih menarik untuk dimiliki. Bagi B10, Pakej EZ 5 percuma bernilai RM11,188 menambah lagi penjimatan, kerana pakej ini termasuk sokongan insurans RM4,000 yang mengurangkan harga permulaan EV tersebut.

    Turut disertakan dalam Pakej EZ 5 bagi B10 ialah pengecas wallbox 22 kW bernilai RM3,888, kredit pengecasan chargEV sekurang-kurangnya RM1,200, pakej filem cermin gelap Premium Guard Elite Tint bernilai RM1,600 dan kunci eksklusif Leapmotor bernilai RM500. Dengan rebat istimewa RM5,000, tawaran ini sangat berbaloi, jadi dapatkan maklumat lanjut di ACE.

    Penaja dan jenama yang menyertai ACE 2026

    Selain Leapmotor, jenama lain yang akan hadir di ACE 2026 termasuk Audi, BMW, BMW Motorrad, Chery, Dongfeng, GWM, Hyundai, iCaur, Jetour, Lotus, Mazda, MINI, Mitsubishi, Omoda | Jaecoo, Perodua, Proton, Proton eMas, smart, Volkswagen dan Zeekr. Penaja bersama Jacar dan Carro juga akan mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing, manakala TNB Electron turut menyertai sebagai penaja bersama.

    Jika anda membeli kereta di ACE 2026, anda boleh menikmati manfaat tambahan selain pelbagai promosi yang ditawarkan oleh setiap jenama, kerana 200 tempahan terawal yang disahkan akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada kami. Setiap tempahan yang disahkan juga melayakkan anda menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai RM57,000.

    Hadiah tersebut termasuk hadiah utama pakej percutian bernilai RM10,000, tiga set filem cermin gelap Llumar oleh Jacar bernilai RM4,000 setiap satu, lima telefon pintar bernilai RM3,000 setiap satu dan lima naik taraf upholsteri kulit DK Schweizer Prestige bernilai RM4,000 setiap satu. Beg cenderahati turut disediakan, ihsan V-Kool, Harman Kardon, DK Schweizer, Dodo, The Carage dan Kuzig Glanz Detailing.

    Jadi, jika anda bercadang membeli kereta baharu, tempat terbaik untuk mendapatkan tawaran hebat ialah di ACE 2026, yang berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November di SCCC. Dapatkan maklumat lanjut tentang acara ini di laman mikro ACE 2026. Jumpa anda di sana hujung minggu ini!

     
  • Kerajaan setuju pinda garis panduan pengurusan kenderaan terbiar bagi percepatkan proses pelupusan

    Kerajaan setuju pinda garis panduan pengurusan kenderaan terbiar bagi percepatkan proses pelupusan

    Kerajaan bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi meminda garis panduan pengurusan kenderaan terbiar bagi mempercepat proses pelupusan yang sebelum ini didapati mengambil masa terlalu lama, laporan Bernama.

    Menurut jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, keputusan itu dibuat Jemaah Menteri selepas mengambil kira pelbagai pandangan dan aduan diterima berhubung pelaksanaan garis panduan sedia ada.

    “Langkah ini susulan pelbagai pandangan dan aduan diterima berhubung garis panduan serta proses pelupusan kenderaan terbiar sedia ada yang mungkin mengambil masa terlalu lama. Justeru, perlu ada penyelarasan terutama antara agensi berkaitan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

    Pada pertengahan bulan ini, media tempatan melaporkan bahawa tiga Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Lembah Klang merekodkan sejumlah 27,117 kenderaan terbiar di kawasan pentadbiran masing-masing, meliputi tempoh berbeza dari 2021 hingga Ogos tahun ini.

    Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mencatatkan rekod tertinggi dengan sejumlah 12,290 kenderaan diikuti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan 11,001 aduan dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan 3,826 kenderaan

     
 

Jual kereta anda pada harga lebih tinggi, dibayar dalam 24 jam

 
Related PaulTan.org Content: Featured: Featured | Malaysia: Malaysia | Motorsports | 2025 | Electric: Electric | News: News